April 29, 2011

Lie and Honest

Assalamualaikum and Hi,


aku just nak  bagi tau, kita tak boleh menipu hati perasaan dan diri kita. bersikap jujur adalah yang terbaik sebab selepas itu kita akan rasai kelegaan yang kita tak pernah alami sebelum ini. sekian. :')

Goodnight~




April 28, 2011

rezeki

Assalamualaikum and Hello

TADAA! tiba juga hari yg agak ditunggu tunggu, iaitu keputusan kemasukan matriks sesi 2011. niat hati harap dapat eventhough ramai yg cakap tough kalau masuk matriks. kalau nak cerita, kat manamana pun tough la. mesti ada kesusahan kalau nak berjaya. kan?

after check tadi, disebabkan web sangat lah lambat, ye lah berduyun duyun org tgh check kan, so i made decision check guna phone je. 

mutawashomutawasho *deringan text berbunyi*
err dari 15888 lahh.. dup dap dup dap
kuat kan hati nak bukak, 

Alhamdullilah, ANDA BERJAYA yg aku nampak tertulis dlm text tuh. 
aku terus jerit " MAK! MAK! " nak panggil mak aku yg dlm bilik otw nak tidur. ahh. aku nak jugak kejut. HAHA mak aku bukak pintu " kenapa? kenapa? "
aku terus membalas, " ten dapat perak! " dan kedengaran lah suara ayh aku *tetiba* " tahniah tahniah! " ehh. ayh tak tdr lagi. 
okay. then, aku terus bergerak depan lappy semula dan on my FB. nak tgk status kwn kwn. sure sure dorang bgtau satu FB kan. HAHA. after baca baca, ramai lah yg dapat selangor, negeri sembilan, kedah, penang. tapi... PERAK? err. sedih. aku baru jumpa dua org kwn aku yg dpt perak. takpelah. ade jugak kan. so, now. sgt thankful. walaupun hasrat aku nak pergi penang, tapi rezeki tetap di perak jugak. aku tetap bersyukur :')

nak tau kenapa aku nak penang? 
aku dari form one duk belajar kat perak tau.
form one - form three = MRSM Pasir Salak
form four - form five = MRSM Taiping
dah lah tinggal kat Ipoh, PERAK.
adoi..
sekali, after SPM, tak lari jugak aku dari perak. tsk tsk

bila keadaan dah stabil, aku pun menggatal lah nak check kat web pulak, 


inilah dia keputusan yg aku nampak kat screen. masih mengucapkan Alhamdulillah :')

last words, congrats kepada yg dapat. and kepada yg dapat Perak, jumpa nanti, insyaAllah. kepada yg takde rezeki, dun worry be happy. byk lagi peluang sambung belajar lain. UPU tak keluar lagi kan. Maktab Perguruan pun tak keluar lagi. Scholarship pun tak keluar lagi. so, CHILL!



THE END 

April 26, 2011

STAGES




Every relationship goes through stages. Where and how each stage develops is ultimately up to each person. While we always hope for the best, we often can't avoid the inevitable.


Josh and Marissa are at a crossroads and their future is uncertain. Josh guides us through each stage of the relationship as it formed and as he predicts it will end up as.


Written and Directed by Philip Wang
Produced with Wesley Chan and Ted Fu
Assistant Producer: Christine Chen
Production Assistant: Regina Fang


Featuring:

Philip Wang


after i watched this video, i don't felt anything EXCEPT SCARED AND SAD :'( 
i really really really hope we never be stranger..again..
IMY..


THE END

KAU BURUK WEH!

Assalamualaikum and Hello! :)

HAHA ini bukan entry nak mengutuk orang ye. 
seperti yg kita tahu sekarang ni ramai sedang berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih langsing, muka lebih licin, muka lebih putih gebu tegang, jogging 24jam nak buang 99% lemak dalam badan and banyak lagi lah. korang tak rasa ke semua tu mcm menyeksakan diri anda sendiri? 



aku GEMUK kau KURUS

alolo tomey tomey

hey der! kau tak payah lah rasa down sgt kalau kau gemuk pun. and hey der! kau tak payah nak bangga sgt kalau kau kurus. disini aku nak habaq sikit lah *sikit ye tak byk* anda sepatutnya rasa bersyukur anda ada badan yg gempal dan comel. siapa kata badan gempal orang taknak? siapa kata badan gempal tak HOT? hot ok. just that, u have to be urself lah. jgn lah dah badan gempal pakai baju mcm anda size XS. deyy. kita kena terima diri kita seadaanya. kalau lah dah rasa mcm tak selesa dgn badan gempal, kau boleh dah sedikit demi sedikit mengurangkan lemak dalam badan. SEDIKIT DEMI SEDIKIT ye. itu bermaksud bukan anda perlu jogging 24jam tanpa henti. tak makan sehari semalam. taknak makan tu, taknak makan ni. apa yg anda kena buat, MAKAN bila PERLU dan mestilah ada HAD nya. kita sendiri kena control pemakanan kita. ye lah dah diri sendiri nak kurus kan. kena lah berusaha sikit. so, jangan anda benci diri anda kalau badan anda tak menepati impian badan yg anda nak. anda boleh capai apa yg anda nak, tapi BERUSAHA lah. jangan sampai memakan diri sendiri :) *okay, tak cakap sikit tapi banyak.lantaklah :P *



aku PENDEK kau TINGGI


disini nak menekan kan bahawa pendek itu bukan hodoh tapi COMEL *sedapkan diri sendiri :P * tapi mmg betul la kan. pendek ni ada banyak jugak keistimewaan nya. orang yg tak berapa nak tinggi ni walaupun nak ambil buku kat rak yg atas tak sampai, tapi tapi tapi ala boleh mintak tolong org ambilkan or naik je la tangga kan. HAHA itu bukan keistimewaan. ampun. kalau kau pendek, senang nak cari suami. sebab sekarang ni perempuan suka laki yg lagi tinggi dari dia pluss laki zaman skrg ni pun takde la tinggi mana pun :P upps. jgn marah ye laki luar sana. and and laki yg ada masalah ketinggian juga jgn lah runsing sgt, laki pendek bukan nya tak kacak, bukan nya tak dipandang. anda juga penting dalam dunia ini okay. chill chill ;)



aku HITAM kau PUTIH 


mesti ramai yg dah set dalam pemikiran mereka yg orang berkulit putih ni CUN CANTIK HENSEM HOT BLA BLA BLA and orang kulit tak berapa nak putih ni HODOH ORG TAK PANDANG TAK HENSEM BLA BLA BLA. cukup lah dengan pemikiran anda yg sebegitu. tak semua org berkulit putih cantik bagai puteri bunian dan org yg tak berkulit putih hodoh mcm..mcm.. err aku pun tak tau. setiap insan yg dicipta mesti ada keistimewaan. Tuhan tak mencipta saja saja bagi kau ni kulit putih kau ni kulit tak putih. aish. takde nye. keistimewaan kau yg berkulit tak berapa putih ni, kalau kau berdiri di bawah cahaya matahari kau tak payah nak risau kulit kau semakin gelap. paling tak pun kau akan merasa burn sikit je :P sikit je lah. nak dibandingkan org yg berkulit putih, sungguh risau kalau nak ajak pergi mandi laut or pool, sbb takut hitam. haaa. anda istimewa kan :)
kalau lah semua yg berkulit putih ini cantik dan org yg berkulit tak berapa putih ini hodoh, macam mana Tyra Banks boleh pilih Krista sebagai pemenang America's Next Top Model yg berkulit tak berapa putih dibandingkan dengan Raina yg berkulit putih melepak? 


see. anda tak payah risau dgn warna kulit anda okay, yg anda perlu buat adalah BERSYUKUR :)



sikit je lah aku nak bercerita. sebenarnya banyak lagi unsur unsur yg orang banyak tak puas hati dgn diri sendiri. kalau aku nak list semua, adoi, satu hari satu malam pun tak siap lah entry aku nih. 

yg penting dalam hidup, menjadi diri sendiri, tapi jangan lah terlalu lurus sampai selalu kena tipu pun still boleh cakap,   "takpelah"   "it's ok"   *ehh. bukan sama ke dua tu? * wuteva. okay. kita boleh jadi apa yg kita nak tapi mesti lah betul gayanya. and ada jangka masanya. kalau harini kau gemuk esok kau nak kurus, mmg kau akan menyeksa dirilah. bukan semua yg kita nak kita senang nak dapat. yg penting kena USAHA dan TAWAKAL :) 
and and lagi senang. BERSYUKUR je dgn diri anda. tak perlu ubah pape. hee. sekian! http://www.emocutez.com



THE END

April 25, 2011

BEN CARI BLOG BARU LAH !

Assalamualaikum and Hello :)

[image[12].png]


http://www.emocutez.com 5 blog baru yang faten suka :


http://www.emocutez.com 5 blog lama yang faten suka :
SIAP! ;)  sekian dari FatenNabila! http://www.emocutez.com


pluss : UNDILAH abg BEN utk Blogger Of The Year!  TEKAN SINI!
TERIMA KASIH :)


THE END

April 24, 2011

aku bengang dgn kau

tolong lah! tolong lah faham aku! tak habes habes aku je yg kena paksa paksa. aku paksa pun kau taknak tolong aku. ingat aku ni apa? kau tolong lah bekerjasama dgn aku. kata sehati sejiwa. sentiasa bersama. nak hidup semati lah tapi tgk apa kau dah buat skrg. langsung taknak tolong aku. nak jugak aku paksa paksa kau. penat lah macam ni. aku ketuk kau karang. kau merajuk taknak tolong aku bila nak belajar nanti. aku pukul kau karang, kau sakitkan aku pulak. kau nak aku buat apa lagi haaa........ MISS OTAK?! ISH! penat lah wey. aku dah penat kerah perah cerah terah gerah piiraahh kau. kau degil taknak juga bagi idea untuk aku buat entry baru. WEY! tolong lah! GRRR
aku jadi Buttercup karang! tapi aku lagi suka Blossom, Bubble pun comel jugak kan? ;)
okay mcm takde kena mengena je --,



berikut merupakan luahan hati kerana otak taknak bekerjasama mengeluarkan idea. aduss. SADIS~
harap maaf luahan hati ini sudah tidak mampu disimpan ditahan dipendam lagi 
harap yg membaca memahami.
idea penulisan luahan hati : encik hubbybear


tambahan : saya disini ingin mengucapkan GOODLUCK kepada hubbybear untuk interview MARA esok! CHAIYORK! :D

THE END

April 22, 2011

Setahun


Assalamualaikum and Hello ;)

kami dah setahun. Aku bersyukur :')
semoga hubungan kami kekal utk setahun dan setahun dan setahun dan setahun dan setahun dan setahun.... 
*sila smbg sendiri* lagi hingga ke syurga :') AMIN ~
+ Happy birthday AWAK :D

<3
*entry sgt pendek sbb aku...aku..err..aku...umm... SEGAN! :P
KALAU NAK TAU DIA SIAPA, CLICK SINI :)



THE END

April 20, 2011

Chef terhebat telah ditemui

Assalamualaikum and Hello :)

pasti anda tertanya tanya siapakah gerangan chef terkemuka yg telah ditemui ini kan? sungguh. aku juga sgt terpegun dgn bakat yg baru ditonjolkan oleh chef ini. aku juga telah merasa hasil masakan beliau. WAHH! anda pasti makan sampai jilat sudu garfu serta pinggan anda lah. fuhh. SEDAP! :D

siapakah beliau? *drum roll sikit*

beliau adalah..... CHEF FATEN NABILA! woohoo :P

setelah pulang dari birthday celebration cik patin izzati, cik patin nadira dan cik syakierah, pulang ke rumah tetiba " MAK! LAPAR! " haha sumpah perut besar asyik nak mkn je :P okay. NEXT~

mak aku pun plan utk masak MEE REBUS untuk dinner mlm ni. huuwaa. sbb tak plan dari awal nak masak mee rebus, maka apa bahan yg ada kat rumah, itulah kami buatkan bahan mee rebus. mmg pakai masuk dan masak. HEE sebab aku anak yg solehah, aku meringanlan beban mak dengan mengopek udang, potong sayur, goreng cucur, potong tauhu, basuh mee, dan kacau kuah. HAHA semua aku list. tu tandanya nak bgtau aku tolong jugak. and walaupun guna bahan yg tak mencukupi nak masak mee rebus, masakan hasil dua org chef terkemuka ini, WAHH sedap! tak tipu ;) sape nak rasa, jemput lah ke rumah ye. aku bagi satu pinggan tapi kau makan sesudu je ye. yg lain aku habeskan :P 

aku ni takde lah rajin sgt nak tolong masak memasak kat dapur ni tapi tak tau apa kes jadi tadi aku jadi tersangat rajin sampai mak aku jadi pelik tgk aku. mak ke dapur sekejap, aku jerit " MAK! nak potong apa? " mak jalan sikit, " MAK! mee dah rebus ke? " mak baru hembus nafas sekejap, " MAK! ten lapar! " *okay, tu bukan membantu --, " 

habes masak Bismillahirahmanirahim... *baca doa makan*, aku pun dgn lahap nya makan lah tanpa mengajak org lain. HAHA gurau. ajak ok. semua org aku ajak. siap guna speaker ajak satu taman. KONON mcm KENDURI. padahal masak setengah periuk je. HAHA


TADAA! ni lah dia MEE REBUS yg CHEF FATEN masak :) *terliur tak? silalah terliur ;)*

okay. tadi aku ada tulis pasal birthday celebration cik cik tu kan. ha. ni dia gambaq kami tang tadi. *okay aku tak tau nak longat kedah mcm mana. maaf org kedah. saya budak baru belajar*












GREAT HUNS ATTENDED <3 FATIN, TINIE, EIN, DEQ'A, PENNY, FAIE, CHUCKY

* birthday girl tiada dlm gmbr, cik syakierah aka chucky :'(

THE END

April 19, 2011

Happy Birthday Bestfriend :)


hey hey YOU! YOU lah. adoi. you you! buat buat tak paham pulak dia. ish. YOU lah !
Cik Puan Datin Seri FATIN IZZATI FUAD
*penat aku panggil*

ahha. kepada cik patin merangkap bestfriend aku yg paling lama, meh sini aku bg peluk cium nak? TAKNAK takpe. :P aku ada seperenggan ucapan nak kau baca ye cik patin. sila menghayati *kalau tak aku cium kau* :)

ehem ehem check one two three,
      kepada cik patin yg sudah pun meningkat usia 18tahun, tua dah tu. dah boleh KAWEN *ingat! aku mesti jadi penyapit pengapit kau! * HAHA kat sini, aku nak ucap SELAMAT HARI LAHIR yg ke 18. jgn lupa berterimakasih kat mak ayh kau. haa. and for u, thx sbb sudi kwn dgn aku. aceh nak nangis pulak rasa. hukk. walaupun kita pernah gaduh masa sek rendah dulu. bodoh bodoh dulu. kau tetap syg aku kan. HAHA aku syg kau jugak :P semoga umur 18tahun ni kau semakin matang dan boleh menentukan matlamat hidup kau. dah besar kan. huu. semoga kau berjaya dalam apa jua bidang yg kau nak ceburi. banyak banyak berdoa ye. insyaAllah semua telah ditetapkan and semua itu yg terbaik utk kau :') and semoga kau dipanjangkan umur. boleh kita kawan lagi lagi lama. :) dimurahkan rezeki bagi kau bila besar nanti jadi kaya boleh beli aku rumah banglo sebuah. dipertemukan jodoh yg terbaik supaya aku boleh berbangga menjadi pengapit kau :P and and jangan kau sesekali terfikir nak lupakan aku kalau kau nak hidup lama ye CIK PATIN *kejamkan aku?* :P

hey! BESTFRIEND FOREVER YEA! :D

sayangkaumakcik!
THE END :)

April 18, 2011

Vomit's Day at Cameron Highlands

Assalamualaikum and Hello ;)

aku baru je pulang dari Cameron Highlands with Mak, Min and Abg. sangat bersemangat nak berjalan hari ni coz dah lama tak pergi cameron. pluss, i miss the time i'm with hubbybear pergi cameron last december. pagi tadi, before bertolak ke cameron, kteorg breakfast dulu di Megoplex, min nak mkn her fav kueyteaw goreng pedas and mak mkn bihun sup. aku mmg takde selera nak makan. tapi, sbb takut perut kosong, aku pun mkn lah roti canai je. 

dah breakfast, kami pun bertolak lah ke cameron highlands. berdoa agar perjalanan selamat. and Alhamdulillah, semua selamat ;) kami selamat sampai ke cameron dalam pukul 11am lebih. but suddenly aku mcm rasa tak kena. loya semacam. gosh. tak pernah aku naik cameron loya loya mcm ni. aku dah rasa semcm je. aku pun baring lah. tertidur, then bila terjaga je, aku terus ketuk seat min suh dia berhenti kat tepi, mmg aku nak termuntah time tu. aku lari keluar, angin je keluar dari mulut. aku pun relax sekejap. hirup udara segar. kami teruskan perjalan.

then, singgah satu kedai ni abg pergi toilet and i bought 100plus. nak air mineral, ada air osmosis je. so, taknak beli. tgh tgh dlm perjalanan nak naik lagi, naseb lah beli 100plus, ada lah plastik. bwek! aku muntah memang keluar semua benda. but, err plastik bocor --, sumpah rasa macam nak sumpah seranah je masa tu. naseb aku sempat lari keluar kereta. tapi, ada lah terjatuh sikit. but thank God, tak kena seat. kereta benti tepi police station. lantak kau lah police station, aku teruskan keluarkan isi perut kat situ. guard police station tuh sedar, but better dia tak dtg dkt kan. nnt tak pasal pasal aku kena saman menggunakan bahasa kasar marah dia plus muntah kat situ. HAHA

then, sbb kaki sebelah aku dah mandi dgn muntah aku tuh, terpaksa lah aku berjalan kaki ke station minyak petronas, aku tak tahan nak masuk kereta. tak pasal aku muntah lagi. petronas tu pun tak jauh dari situ. naseb baik. dah sampai petronas, pergi paip air, basuh lah apa yg patut. mmg lama lah kat situ. basuh dlm kereta lagi.

habes semua dah cuci, teruskan lah perjalanan, aku rasa better after dah keluarkan semua tadi. then, singgah gerai makanan nak lunch. but again, aku takde selera. mak min and abg je makan. aku just minum je. air sirap. tgh tgh minum and bersembang. feel vomit datang lagi. adoi. mmg menyusahkan lah. aku terus lari tepi gerai, and ya, keluar lagi. and guess what, warna merah kot --, aku rasa menyesal minum sirap. naseb lah jugak takde sape sedar aku kat tepi tu, nnt lari pulak selera dorg nak mkn.

then, teruskan perjalanan. mmg aku dah lemah longlai lah time tuh. tenaga semua hilang. mood nk berjalan pun hilang :'( after that, kami singgah mardi pulak. nak bergambar kat sana sekejap. aku yg mood hilang ni pon maseh mampu tersenyum ;) *bergambar kot* hee. then, mak suruh aku tdr kejap dalam surau. bagi gain tenaga balik. aku mmg dah tak mampu nak mkn. sbb semua yg aku mkn, mesti aku keluar balik. tidur mcm dkt 15minit, mak gerak. kami nak teruskan perjalanan. nak turun *balik* but nak singgah tea bharat kejap. aku pun, "OK". aku bangun je dari tdr, perasaan tu dtg lagi. aku terus lari pergi toilet, and ya, again --, penat je gain tenaga. hilang balik semua tenaga tuh. :(

dah habis semua. relax dan kami pun bergerak pulang. sampai tea bharat, aku ckp, aku nak stay dlm kereta je. mmg tak larat nak bgn, jalan dan melihat org berjalan jalan. aku jadi pening. dorg pun bagi lah aku rehat dalam kereta. sejurus je dorg bergerak dlm tea bharat tuh, aku terus bergegas lari keluar kereta, BWEK! again. aish. penat weh. aku dah rasa better aku pengsan masa tuh. terbayang tiba tiba, mcm mana lah ibu yg tgh mengandung yg loya loya tu kan? sure lagi penat :'( 

habes tuh, aku pun masuk balik kereta, kunci dah sengetkan badan berehat. :'( naseb aku tertidur. and time tuh perut aku memang SIFAR makanan or minuman. mmg semua dah keluar. lama mana aku tak sedar, fam aku dtg dah habes minum teh, aku buka kunci kereta. dan bercerita apa yg berlaku masa dorang takde. mak terus suruh aku teruskan tidur. mak usap usap belakang aku bagi aku selesa. Alhamdulillah. aku lena smpai tiba di bawah. sbb takde pape dah dlm perut aku, so, kemungkinan aku nak muntah balik, kurang.

sampai rumah, hujan. abg tolong pimpin aku dgn payung masuk rumah. ayh terkejut tgk aku kepenatan. aku terus naik masuk bilik aku, and sambung tidur. aku mmg sgt takde tenaga. tak pernah aku rasa mcm ni :'( dah pukul 9pm mcm tuh, mak gerak suruh makan. sbb perut aku mmg kosong gila. aku pun bgn, mandi dan bersedia utk dinner. naseb loya semua dah hilang :')

thanks kepada Mak, Min and Abg yg sudi jaga dan tahan dgn aku time kat cameron tadi. sayang mereka sgt sgt <3

moral of the story : aku taknak makan pape dah before naik cameron after this. better aku mkn bila dah sampai atas --.

maaf kalau ada readers yg rasa geli dgn story aku hari ni. but this was my first time, so, mmg aku rasa nak share dgn readers sekalian. thanks for reading ;)

KEJAP! mcm biasa, mari luangkan beberapa saat anda check check check it out my pics atas cameron tadi :P







nak no tepon, bgtau saya :P



END OF EXHAUSTED DAY ~

April 17, 2011

Abg's 22th Birthday Celebration :)

Assalamualaikum and Hello :)

pada 17 April 1989, lahir lah seorang putera comel *kembang abg* Encik Rustam dan Puan Sofiah di Hospital Besar Ipoh Perak. uwek uwek *bayi itu menangis bersyukur dilahirkan utk melihat dunia* Alhamdulillah.

okay. bukan nak cite tuh sebenarnya. HAHA tu pengenalan je ;) so, nak celebrate birtday abg, kami pun decide lah nak pergi San Francisco Steak House. tapi malangnya, tempat tu tak diyakini halal. dia dpt lesen halal dari Australia. naseb ayh pergi tgk dulu. aish. then, mls nak pkr panjang and serabutkan otak, kami pun decide utk pergi ke Secret Recipe. lagipun ada kek kat situ kan, senang lah nak nyanyi nyanyi nanti. 

so, after maghrib, kami pun bertolak lah ke Secret Recipe. order lah dinner kami. mkn mkn then gelak gelak. and tak tau kenapa, semua pakat gelak tgk style shawl aku mlm ni. aku mmg tak pernah pakai style ni. saje je. nak simple for this celebration kan. tapi, best sgt tgk ayh gelak terkekek kekek tadi. mak sama, min and abg. semua sama je.

after dah mkn semua, kami pun bergerak utk pulang. tapi min mintak jalan jalan dulu. tak best lah balik awl kan. then, ayh bwk lah jalan jalan. sampai dkt limau bali tambun, ada pulak fun fair kat situ. aish. best nye. nmpk pulak ada haunted house. mmg lagi menjadi jadi hati ni nak pergi. so, pujuk lah ayh singgah kejap. ayh pun bersetuju. NASEB BAIK :) aku ngan abg naik la ferris wheel. sumpah seram. laju gila dia pusing. rasa nak termuntah pun ada. abg jerit bagai nak rak kuat. aku gelak gila tgk abg. HAHA

lps nak ferris wheel baru lah kami masuk haunted house. dah la pakai heels kan, mmg lah aku bakal ketuk hantu hantu dgn heels aku tuh. tapi, naseb baik lah hantu hantu semua dalam cage. so, takdelah peluang aku nak ketuk dorang. first masuk mmg aku jerit lah. terkejut. after that, jalan mcm biasa berlagak berani. haha. best rasanya.

dah lama tak pergi fun fair. sgt rindu zaman kanak kanak :)

meh luangkan beberapa saat anda tgk gambar kteorg mlm ni ;)







 THE END

 THANK YOU READERS ;)

New header yoo!

hee. ehh. lupa. Assalamualaikum :) hati sgt lega lepas selesai menyiapkan my new header. simple gila kan. tapi, this was my first time header buat sendiri. so, rasa sgt puas hati ;) hello new header! :D thx Picnik.com!

nway, harini birthday ABANGKU. so, happy birthday Muhammad Zadil Hayat! dah tua dah dia. boleh kahwn dah ni. haha. semoga umur yg dah meningkat ni, 22tahun dapat menjadikan abg semakin matang dan dapat mencapai cita-cita yg diinginkan. ;) Sayang abg <3

i wish i'm the first to know

but i'm not. 
its more pain when i realised there were about hundreds or more people know before me.
thank you.

THE END


* mood for tonight : really bad.

April 15, 2011

Patox Day :)

14April2011

Assalamualaikum and Hello Guys! :)


can you see the sticker up there :) haa. itulah hasil karya PATOX :) 

Q & A :) 

mana lah cik paten dapat cik sticker ni kan?
rezeki cik paten dan cik patin datang rumah cik ein dan dapatlah kami cik sticker yg comel ni.

mana cik ein dapat?
for ur information, cik ein kita ni peminat dgn photography and editing semua bagai ni. and mmg ada bakat yg terpendam yg sedang cuba ditunjukkan lah. sbb mmg cantik gambar gambar dia tgkp. tak tipu :)
oleh itu, cik ein kita terpikat time jumpa cik sticker dlm flicker *nak tgk tekan PATOX kat atas tuh ye* then then dia pun add fb cik patox dan cik patox setuju nak post sticker handmade dia ke alamat cik ein.
nak buat apa sticker ni yek?
 ada note dalam sampul surat kata cik ein boleh lah stick sticker ni kat mana mana. tapi cik ein taknak sbb dia kata dia SAYANG <3 so cik paten and cik patin sgt bertuah sbb cik ein sumbangkan satu sticker ni kpd kami. thx cik ein cantik ^.^

haha. ada pulak soalan and jawapan kan? entah apa aku ni. ni lah kerja kteorg harini. exhausted tau tak. konon aku ambik cik patin sbb dia nak pektis speaking nak interview tesl this saturday *tahniah cikpatin* tetiba lain pulak kerja kami. HAHA adoi. --.

PERJALANAN HARI INI
ambik cik ein then cik patin pergi rumah cik ein ambil kereta then cari kasut cik patin jalan jalan kat jalan raya yg sesak Alhamdulillah jumpa kasut yg dicari lepas tu text chucky kata nak merempat kat rumah dia chucky bagi green light then kami pun mewempitzz *geli--.* pergilah ke rumah chucky sampai petang tak sedar dah petang mak aku text suruh pergi pasar malam beli makanan maka kami pun bertolak ke pasar malam dan beli makanan pluss memalukan diri *seperti biasa rutin kami* habes cik ein hantar cik paten and cik patin and cik chucky balik cik ein balik rumah dia dgn selamat Alhamdulillah :)
*amacam pening tak baca? tanpa noktah, koma serta tatabahasa yg tunggang langgang. haha. maapREADERS!*

aku balik tadi gaya dah mcm org baru lepas jogging 24jam tanpa henti. mmg penat gila. ni semua sbb gelak banyak jerit jerit banyak dalam kereta dan memalukan diri banyak dimana kami berada. huwahaha. 
best harini :D

so, seperti biasa, sudilah luangkan beberapa minit anda menonton gambar kami hari ini :) ARIGATO!




okay. ini sahaja utk bercerita :) and and cik ein pun post entry untuk hari ini juga. meh kita usha nak? BELOG.CIK.EIN.CANTIK !

THE END :)