February 26, 2013

Plant vs Zombies

Weeehee Assalamualaikum and Hii readers!

Somangat aden nak type entry ni ha sobab aden baru lopeh pass Adventure level dalam Plant vs Zombies. Korang dah? Hahaha okay awkward. Saya orang Perak maafin jika salah bahasa nogori di atas. Kbye.


Korang pernah main game ni? Guess what. SILALAH MAIN *bagi yang tak pernah* sebab korang memang takkan dapat stop melainkan korang asyik kalah, maybe ade perasaan give up sekejap di situ. Tapi percayalah sekejap je perasaan tu sebab korang akan rasa sangat geram dengan zombie zombie yang bermacam tu. GERAM sangat okay. Banyak kali aku stress dengan game ni. Haishh. Rasa nak masuk sekejap dalam screen ni makan sekor sekor. Geram punya pasal.

Kat sini saja nak buat review about this game. Sebab takde kerja kan. Game ni tak boleh compare dengan Dota kegemaran sang jejaka namun masih lawan lawan. Sesuai untuk gegirls yang cute cute suka benda comel comel. Boleh main game ni. Ihiks.

First of all, game ni about tembak tembak bunuh zombie yang tengah serang rumah anda *konon. Rumah aku takde laman rumput pun* Tujuan asal mereka semestilah kalau zombie mesti lah dikaitkan dengan OTAK. Kalau korang pernah tengok movie Zombie Kg Pisang mesti korang dah mengenali si zombie ni kan. Nak makan otak otak korang. Ha, geram tak? Haha

Level for Adventure, ade 5 and each one korang kena fight 10 kali. Huhu susah bila dah part 7-10 tu lah. And ada juga Mini-Games, Puzzles and Survival. Even korang dah settle semua level dalam adventure, perjuangan belum selesai ye. Banyak lagi korang kena selesaikan. Lepas tu korang siap ade garden bagai lagi. Haaaa menarik bukan? :p








Okay gambar gambar di atas ni kira ikut urutan lah ikut level dalam Adventure. Biasalah kalau game makin naik level, makin susah. So, memang susah pun level 5 tu. Hihi Bila level 5, korang kena halang zombie tu dekat atap pulak. Adoii. Macam macam.


And when korang terlepas pandang and zombie berjaya masuk, ni lah yang korang dapat. THE ZOMBIES ATE YOUR BRAINS! and dengar lah suara orang menjerit kena bunuh.

Haa another thing nak bagitahu, music and animation dia sangat comel walaupun main bunuh bunuh. That's why I lioke :p

Now, mari berkenalan dengan zombie. Heee Aku akan review zombie yang aku benci and rasa nak makan je tau. So, let's meet them :)

Football Zombie
Dia ni sangat susah nak lawan and pantas lah jugak. Aku kalau jumpa dia, terus guna Chilli ataupun nama betul dia Jalapeno. Hehe

Balloon Zombie
Zombie yang terbang terbang and agak menyeramkan. Senang nak kalahkan bila dia dah jatuh tanah. Guna Blover untuk halau ataupun cactus nak poop the balloon :)

Dolphin Rider Zombie
Zombie ni akan muncul bila dah ada pond. Yang sangat annoying-nya, bunyi dolphin tu. Geram je rasa. Better guna Tangle Kelp. Memang mati terus. Hihi

Ladder Zombie
Yang dia ni bawak tangga dengan dia pastu panjat Wall nut. Sakit hati jugak. Kalau aku geram, seperti biasa, guna terus chilli. Haha

Catapult Zombie
Dia ni mai kat tumbuhan korang nak hapuskan dia. Dia campak ape aku tak sure and pastikan korang plant Umbrella Leaf dekat row si zombie ni ada untuk protect plants korang. So, takkan terhapus nanti zombie ni yang meletup. Ihiks.

Bungee Zombie
Yang ni memang zombie monyet kebencian aku. Suka duk curi korang punya plant. Nak halang si monyet zombie ni, guna umbrella leaf juga seperti nak halang Catapult Zombie. 

Gargantuar Zombie + Imp
Okayyy haruslah anda bersabar dengan si dia zombie besar ini. Digendong Imp di belakang, zombie jugak tapi mudah di hapuskan. Yang susah nak hapuskan, si besar Gargantuar ni. SANGAT. Ape harus korang lakukan, cepat cepat guna Cherry Bomb and terus guna Jalapeno lepas tu. InsyaAllah matilah ia. HAHA

Dr Zomboss
Korang akan bertemu Dr Zomboss ni lassssst sekali. Tengok gambar last kat atas, yang besar gelabak berbadan besi tu, ha, itulah robot Dr Zomboss. Dr dia ade dalam tu. Kepala macam Mojojojo ha tu lah dia. *Nampak tak geram disitu* Susah nak hapuskan mereka ni sebab dia keluarkan fire and ice ball yang besar sampai hapuskan satu deretan plants korang. Saje cari gaduh. Kena pandai main strategy nak hapuskan dia ni. Goodluck!



Setelah tamat, maka gembiralah anda dan anda akan disajikan dengan persembahan comel mereka ini. Dengar lah lagu tu sendiri ye. Tak sedap sangat bagi aku lagikan nampak banyak zombie dalam video clip. Lagi sakit hati. Hahaha

Itu sahaja review saya untuk game ni. Sebab aku pun tak main habis lagi Ihiks. Selamat bermain bagi mereka yang belum pernah! 



February 20, 2013

Recipe : Trifle (Easy Bresy Tresy)

Assalamualaikum and welcome readers!

Harini terasa sungguh semangat untuk share satu resipe yang saaaaaaaaaaangat mudah sebab tu nama entry easy bresy tresy maksudnya sangat mudah lah tu dalam bahasa aku. Baru-baru ni aku telah mencabar diri *mencabar lah sangat padahal baru je tadi kate senang* Shh shhh diam bisikan hati! For the first time buat Trifle sebab ade orang kepingin rasa masakan aku. So, sebab kali pertama, aku pun yakin jelah benda ni aku boleh buat. Let's proceed! *nanti membebel lagi panjang*

Bahan-bahan diperlukan :


✏ Tepung castard
✏ Satu tin cocktail
✏ Satu tin susu Ideal
✏ Susu segar *Kalau nak*
✏ Jelly berperisa
✏ Kek 

Cara-cara :
First, korang potong kek korang tu kecik-kecik. Kek ni bermacam jenis kek korang boleh guna. Layer kak, kek gulung, butter kek *yang aku guna*, mahupun swiss roll yang duk jual kat pasaraya pun boleh. 
Lepas potong, susun lah dalam loyang ke bekas yang korang nak buat tu. Ikut kreativiti masing-masing. Aku tak kretif so tengoklah ape jadi. Haha whateverrr!
Lepas dah susun mampat, bukak cocktail tu, tapis ke celup sudu korang, ikut lah macam mana korang nak buat, ambil air cocktail tu jirus jirus atas kek. Haaa bagi dia lembab. Jirus je tau. Jangan korang mandikan pulak. Lain jadinye karang. 

Dah habis tu, boleh biakan kek tu sebati and manja manja dengan air cocktail tu. Bagi dia kembang sikit, sementara tu, boleh lah ke dapur. 
Sediakan periuk kecik, masak lah jelly anda. Tengok je instruction dekat belakang kotak. Kali ni aku guna perisa laici sebab empunya yang meminta suka laici. Ikut korang lah nak perisa ape korang suka. Okay?

Habis je masak jelly, sementara jelly tak keras lagi, korang boleh masukkan buah-buahan cocktail yang korang dah tapis tadi dalam jelly yang dah siap tu. Tujuan dia, senang lah bila jelly dah keras, buah-buahan tu duduk setempat, Takde lah merayap sana sini kan. Dah puas hati campur semua, tuang atas kek yang berehat tadi. 

Biarkan, jom sediakan custard pulak. Custard ni banyak cara boleh buat, ikut lah mane satu korang suka. Cara aku, mix kan 3 sudu tepung custard and susu ideal dalam cawan dulu. Kacau sampai jadi macam air jagung. Lebihan susu boiled kan dalam periuk. Aku ade masukkan susu segar dalam satu cawan sbb aku suka lapisan custard yang tebal. Tak payah campur pun takpe. Guna je satu tin susu ideal :) 

Bila dah mendidih, masukkan campuran dalam cawan tu sambil kacau slow slow. * Bancuhan dalam cawan tu tak wajib tapi sebab aku first time, buat lah macam tu. Takut berketul-ketul dalam periuk. Amatur lah katekan. 


Proceed, custard siap, tuang dalam bekas and ratakan atas campuran jelly and buah buahan tadi. 
Atas custard ade yang letak whipping cream tapi aku nak kurangkan fat, tak letak pun. Just hiaskan lah sikit. Nampak hiasan aku? Budak budak sungguh. Failed! Kbye T.T


Trifle aku 3 layer je. Yelah nama pun "Tri" kan. Tapi ade je yang sampai lima enam layer. Lantak mereka. 
Masuk dalam peti sejuk, sejam kemudian dah boleh makan. Yummy yummy! Selamat mencuba.  





February 16, 2013

Kawan aku macam ni ke?


Satu hari yang nyaman dan harmoni, sedang gembira meluangkan masa bersama kawan-kawan kesayangan, terdetik dek sanubari ingin mencari sepasang sneakers cantik. Lalu mengajak kawan-kawan singgah sebentar dekat *tut*. Kasutnya cantik harga below 40 semuanya. *Okay dah tak jadi perenggan BM A+ aku. Failed!* Sambung cerita, then suddenly muncul satu suara asked me kenapa tak beli jenama *tuuttt* yang harga beratus adoi iolss boleh beli peplum sekali 4 tau. Aku jawab dengan derk and comelnya, because this sneakers are cute and reasonable J then aku pulak Tanya kepada si polan kenapa tanya aku sebegitu rupa? Dia pun menjawab, “SEBAB KALAU PAKAI YANG MAHAL MESTI ORANG RAMAI NAK KAWAN DENGAN KAU. BERTAMBAH ORANG NAK DEKAT DENGAN KAU. HEEEEEEEEEEEEEE” And me like, WHATTTTTHEEE -_____-‘’

Terus aku diam tak tahu nak reply ape but at the same time, dalam otak tengah proses sesuatu. Do friend nowdays like that? Kawan sebab nakkan populariti. Kawan sebab DUIT? Okay menyedihkan T.T

Friendship is not a relationship yang boleh ambil remeh. Seriously ade je kes bunuh diri, gantung diri or seksa diri because of FRIENDSHIP. Bukan relationship between our family and bf/gf je yang penting, between friends pun penting jugak! But maybe some of us, tak perasan and still take advantage in friendship. Lol. Please open your eyes wider dear everyone, kawan bukan insan kita boleh main mainkan. Okay cuba fikir sejenak, do our family always there near us? Do our family always be beside us?  Ofcourse they will always there for us tapi sape yang sentiasa ade dekat dengan kita selain Tuhan yang satu? It’s OUR FRIEND!

Tergamak ke nak mainkan perasaan seorang kawan? For me, I take serious in friendship. Do play with mine and believe me menyesallah kau nanti. *Takut tak* Haha terasa macam terserius pula entry kali ni but I’m saying the truth. Aku pernah bergaduh dengan kawan and sakit dia macam lagi sakit dari gaduh dengan bf sendiri. Ehem. Kbye. Haha.

Back to the topic, memang it will be nice kalau dapat kawan dengan someone yang berharta or maybe popular but that’s only the privilege in the friendship. Bukannya untuk ambik kesempatan atas keistimewaan tu. Ingat berkawan  secara positif, untuk luaskan pengalaman, luaskan pengenalan, luaskan permandangan ha luaskan ape lagi. Banyak benda positif yang kita boleh dapat kalau kita berkawan secara positif, insyaAllah. Get it?

And another thing, berkawan berkawan jugak tapi setiapnya still ade batasan. Terutamanya friend between diff gender. Yang tu fikir sendiri lah semua mesti dah tahu kan? J

Btw, the story above just a fiction. Mesti ade kawan aku yang tengah flashback ade tak jadi benda ni. Haha no lah! Kawan aku tak macam tu and I know it. Hihi but kalau ade yang berani buat macam tu, tunggu lah korang aku campak korang dalam lombong. Padan muka!

So people, starts from now, do appreciate your friends. Love them, be with them, help them. Okay?

Memory Lane




















Adoi rindu tengok gambar gambar ni. I picked randomly je. Jangan sedih if takde gambar tau :)

Assalamualaikum!