December 7, 2011

Syukur :)


Assalamualaikum and Hi :)

OMG Why? Why? Why? Why post kali ni dimulakan dengan Alhamdulillah??? *okay over nak mati* selalu aku mesti mula dengan salam dulu kan. hee. sebenarnya sekarang aku rasa sangat bersyukur dengan pemberian Allah kepada hamba-Nya ini. 
 
semalam baru dapat result for PSPM ( Peperiksaan Semester Program Matrikulasi) 1. Alhamdulillah result yang aku dapat memang memberanjatkan *entah betul ke tak BM aku ni* aku. bukan aku je. family family aku pun sama. fuhh. Alhamdulillah. and aku harap sangat aku boleh kekal kan keputusan ini untuk Sem 2 ni pulak. walaupun Sem 2 lagi tough. chaiyork FATEN!!!

mungkin dulu aku terlalu frust dengan kegagalan aku. tapi aku tahu, Allah itu Maha Adil. dulu aku jatuh. sekarang Dia beri aku naik semula. Alhamdulillah. :)

to all my friends yang turut berjaya, Congrats guys! and kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa ok. kita usaha lagi. :)

p/s : baru sekarang aku dapat rasa kegembiraan melihat parents aku sangat happy. :') 

THE END.

November 28, 2011

sentiasa dalam ingatan

Assalamualaikum and evening peeps.

dah 2 Muharam dah kita hari ni. cepat je masa berlalu dah bermula tahun baru. kan? bila hari dah berubah ke hari isnin, surely ramai yang rasa berat nak balik belajar. ye la. masa kan cepat berlalu. dari jumaat nak ke isnin pun terasa sangat cepat. hm. i dunno why, nak balik kali ni terasa sangat berat. walaupun before this mesti la rasa berat jugak kan. 

actually, cuti pada kali ni tak seindah yang diharapkan. permulaan tahun baru juga tak segembira yang diinginkan. ye la. kita merancang Allah yang menentukan. pada 26 Nov hari tu, family aku bergegas ke Kuala Lumpur untuk melawat Pakcik aku (Uda) kat IJN (institut jantung negara) sebab keadaan beliau semakin kronik. sepanjang aku kat matriks, memang aku tak dapat apa apa berita pun tentang keadaan Uda sampai la bila aku dah balik. mula mula aku ingat, after operation, Uda akan sembuh. tiba tiba semakin teruk pula jadinya. 

bila sampai di IJN, ramai saudara mara dah tiba. masing masing berdoa agar Uda kuatkan semangat dan keadaan menjadi baik. tapi, semakin lama masa berlalu, keadaan Uda semakin kritikal. semua dah jadi risau tak tentu hala. Uda memang sangat baik. mesra dengan anak sedara. aku tak sangka pun hari raya aidilfitri yang lepas ialah kali terakhir aku berjumpa dengan Uda.

pada 27 Nov bersamaan 1 Muharam, Uda menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30am. walaupun pada awalnya semua ahli keluarga berharap Uda dapat bertahan, tapi, bila melihat keadaan Uda yang semakin kritikal, kami redha dengan ketentuan Allah dengan pemergian Uda. itu yang terbaik untuk Uda mengakhiri kesakitan nya. semoga di sana, Uda ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. 

memang tak sangka Uda pergi meninggalkan kami. tapi, yang pasti, segala kenangan bersama Uda, takkan aku lupakan. Al-fatihah...