Assalamualaikum, Hi
YES. IBU KITA PEMBOHONG! :'(
|
|
|
\/
" Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi
itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan
itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya
lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum
serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk
yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan
bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu
berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran
rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit
makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak
gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan
itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel
di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu
seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan
ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah
menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih
untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang
pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan
beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu
terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu
kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur
nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti
kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan
penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu
terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan
mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan
ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,
ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam
botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan
kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh,
saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi
ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak
haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah
kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu
lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat
seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran
dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang
lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu
yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya
tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG
KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula
bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja
di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari
duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual
sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja
jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan
ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan
ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada
duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya
di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi
dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada
pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu
habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati,
menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN
IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu
malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah
secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus
segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah
di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah
senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap
inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah
memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap
wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup
pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali
melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata :
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan
itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan
ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda
boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak
saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya
membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu "
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(
I do not own this story. I'm not sure it's really happened or not. Tapi, pengajaran tetap boleh diambil walaupun cerita rekaan kan? I thought I won't cry. Tapi hambik kau, basah dah ha pipi ni menitik nitik pulak kan :'(
So people, do we still have the time? For those who still have their mother, Go, Tell them how much you love her. And for those who doesn't, don't be sad. Tabahkan hati. Sentiasa doakan mereka disana. They actually know how much we love them. Saje buat buat tak tahu :')
For my lovely cutely pretty shorty sweetly mother,
I LOVE YOU EMAK, SOOOO MUCHMUCHMUCH♥ *kalau mak bace :P *
Sumber : FB :)
THE END
No comments:
Post a Comment