June 24, 2012

Trip to Taiping with ♡ Part II

sambungan ~

this entry agak lovey dovey sikit. Sila tahan anak tekak. Jangan kotorkan tempat ini dengan muntah anda. Thank you :P

Second day : 22nd June 2012 : Friday

Harini sekali lagi dalam sejarah bangun awal. Mengapa? Mengapa? Sebab ade budak gondot sorang ni kate nak pergi breakfast. Tetapi akhirnya, dia yang bangun lewat. Cubit karang. Haha. * Harap budak gondot itu terasa bila baca :P * 

Around pukul 10am macam tu saya dan budak gondot pun bergerak lah dari West Inn ke Tesco then ke TS untuk bersarapan di Nasi Kandar Pelita. Makan roti canai yumyum tapi aku tak larat habiskan padahal si gondot siap makan dua keping lagi. Sungguh perut besar dia ni. HAHA

Sedang kami asyik bersarapan, budak laki kat hotel masih sedap berdengkur. Oleh itu, aku boleh mengharap dekat Saadah untuk kejut dorang. Nanti melalut tidur entah sampai pukul bape. Time sampai Pelita, terserempak dengan pasangan kekasih ex-classmate, Syira and Adeb yang baru habis breakfast. Kalau kami cepat sikit, boleh breakfast sesama. Jadi breakfast double couple * Merepek * :P

Lepas kami breakfast, singgah 7eleven sebab nak beli air. * Air kat Pelita tak sedap. Sorry * And sebab aku kawan yang baik, aku belikan roti untuk mereka yang tak turun sarapan, Saadah Neddy and Alia. Akan tetapi, sampai je bilik, semua tengah melantak maggi. Haiyooo. Pagi pagi dah makan maggi. Haha. Dorang turun beli dekat BP patrol station kat sebelah hotel kami. Kesian kan? Ni lah hidup orang bujang. 

Aku pun tak boleh lama, kena bersiap untuk ke maktab balik. Menemani Adlan tersayang nak ambil sijil SPM and jumpa cikgu. Semalam, semua duk heboh tanya kenapa aku tak ambil sijil, kenapa aku tak ambil sijil. Jawab secara senyap dan ayu, " Aku tunggu Adlan. " Then muka merah merah minta ditampar. HAHA Blushing kau. Segan segan. 

My lovely saadah yang semangat tangkap gambar our tudung and shawl sebab sama corak. Leopard kau :D

Sebelum bergerak ke maktab 
Sampai maktab kami terus ke kaunter and ambil sijil. Habis tu pergi bilik guru. Adlan nak jumpa cikgu dia. Mula mula aku taknak ikut masuk, segan kot. Then kena paksa ikut juga. Okay, saya mengikut perintah sambil dalam hati dup dap dup dap.

 Mula mula kami jumpa dengan Cikgu Ika. Cikgu Biology Adlan. Sesampai je meja, terus, " Ha sape ni? " And Adlan dengan happynya, " Bakal isteri saya lah cikgu. " Hambikk pang sebijik kena muka. MERAH MERAH. Aku hanya mampu tersenyum and tunduk. * Blushing * Then jumpa teacher Azida pula. Again, aku senyum sambil En Adlan rancak bersembang. Lastly, jumpa Cikgu Nasri sebab nak hantarkan pesanan Roje. Again, " Kenapa awak datang berdua ni? " Aku senyum lari pergi meja Teacher Naza. Haha. Malu. Sampai je meja teacher, terus aku tanya kenal aku ke tak. Dia kate, kenal. Kelas 13 kan. Awwww terharu dah. Sekali, Faten kan? Okay. Rasa nak nangis cikgu ingat kat aku. And yang paling best, " Kenapa awak makin kecik ye? " Ohsemm. Kurus dah kurus dah. happy gila aku. Jumpa jugak Cikgu Zila and Cikgu Khadijah. And again Cikgu Zila cakap, " Selalu kalau datang berdua ni nak hantar kad kahwin. Awak? " Hahaha. Aku gelak sambil menunduk, dalam hati, AMIN :P

 Habis jumpa cikgu, pergi koop and cafe. Cafe dah berubah tender. But menurut kata teacher Azida, makanan tetap sedap. Tapi kami tetap rindukan Nasi Lemak yang kami akan serbu time rehat atau pun pagi weekend and Nasi Goreng Ayam yang mantooop. Ohh rindu ~

Pada petangnya, keluar jumpa Makcik AMALINA SALIM which is my roomate masa dekat matriks. Tapi sedih tak sempat tangkap gambar dengan dia. Bukan tak sempat actually. But terlupa. Sedih sedih. Jumpa Malin kat TS sebab dia jumpa kengkawan dia. Yang aku kenal, Ina sorang. Bawak Adlan sekali. Ina menggatal nak p salam Adlan. Jangan harap aku nak bagi. * Muka garang * Then, Malin teman aku and Adlan makan dekat foodcourt Tesco. Sembang sembang. Dorang kutuk aku. Gelak gelak. Kalau ade Zul mesti best. Eh? haha. Habis makan, kami nak p cari cincin kahwin. HAHA Malin dengan bestnya merelakan nak ikut sama. Kami pun, OKAY! Lagi best ada tour guide kan. Dia pun bawa kami ke Bangunan Larut Matang and Selama sebab kat situ dia kate kawan kawan dia selalu beli. Kami pun ikut tanpa kata banyak. Alhamdulillah, siap lah cincin terukir nama. Ahaks * Geli * 

Jaga elok elok awak :')
This is our first ring selepas 2 tahun lebih berkenalan. Means, couple ring lah. Dia pernah bagi aku cincin dulu. Okay tak payah kot nak cerita semua. Malu. :P His ring terukir TEN and mine terukir LAN. Adoii. Macam terukir dibintang pulak kan * Lagu Yuna bagi sape yang tak tahu * Habis beli cincin byebye Malin and kami ke TS balik. Tengok wayang. Cerita apa???? MAEL LAMBONG kot. HAHA kelakar. No no bukan cerita tu kelakar, tapi kteorg yang kelakar pergi tengok cerita tu. Sebab kalau nak pergi Zoo macam dah lewat, tengok wayang je lah kteorg. Hmm cerita tu okay lahh. Kelakar pun kelakar lah jugak. Takde lah teruk sangat. Rate aku boleh bagi, 3/5. Okay kan? 

So, tu je lah yang kteorg buat rini. Happy dapat spent time dengan Adlan. Lama kot tak jumpa. 5 bulan tak silap. Btw, harini cukup hari kteorang dah 2 tahun 2 bulan :') And happy jugak dapat jumpa Malin and all my friends, Saadah Meera and semua. 

Third day : 23rd June 2012 : Saturday

It's time for us to say BYEBYE to Taiping. Sedih sangat. Banyak sangat kenangan kat sini. This was the place where everything start. Aku kenal dia. Dia kenal aku. Dia tegur aku. Aku hye dia. Sangat banyak. Hmm Takkan lupa ini tempat. And of course, I will miss Taiping so much :')

Tangan pendek. Susah gila nak masuk gambar. Sodih.
We took a bus to Ipoh at 9.45am. And Alhamdulillah sampai lebih kurang 11.30am macam tu. Min and Along ambil kteorang and bawa balik rumah coz aku nak ambil kereta. For the first time aku drive dia. Cuak sebab macam tengah test JPJ. HAHA Adlan duk bising eyy makan jalan. Eyy break. Eyy situ eyy sini. Tak sedar aku dah lama dapat P. GRRRR.

Aku bawa dia ke Jusco. Plan nak beli couple shirt, but malangnya tak jumpa yang berkenan dihati. Sedih. Baju Cameron je lah satu satunya baju sama yang kami ade. Sokay. InsyaAllah ada lah rezeki beli baju nanti. Sebabkan tengah sedih, perut pun mula berbunyi. Kami pun terus menuju ke Pizza Hut sebab si gondot ni teringin pizza. Makan makan sambil sembang. And kalau nak tahu, masa sembang time ni, semua rasa ade. SUKA MARAH JEALOUS GERAM Why? Sebab at that time, kami buat sesi jujur and cerita kisah masing masing. JUJUR okay JUJUR. Kantoii semua. But still, rasa sayang takkan pudar. * Okay geli tampar aku sekarang * HAHA

Kami try the latest Topping which is CHEESY BITES BEEF STEAK PIZZA. Not bad lah rasanya. Rasa dia agak pedas sikit. 

Then my fav, Hut's Platter :D

Gondot makan tanpa henti. HAHAHAHA
 Habis makan pizza, kami pun bergerak gerak and bersedia nak hantar Si Gondot pulang. Ohmyyy. Hanya Tuhan saje yang tahu betapa beratnya nak drive masa tu. Bukan sebab aku gemuk, tapi, sebab taknak pisah. Hmmm

Bus ke Shah Alam pukul 3.45pm, Alhamdulillah selamat aku hantar dia pulang, selamat aku balik rumah and selamat dia sampai Shah Alam. :')

Tiket yang memisahkan kami. Kalau boleh dah lama nak koyak :(
Drive balik rumah sambil menangis, naseb kau aku nampak jalan, kalau tak byebye dah. And singgah 7eleven beli slurpee. HAHA. Nak mengubati kesedihan :') 
Sampai rumah, terus tidur.

Alhamdulillah. Trip ni boleh dikatakan berjaya. Semuanya okay. Aku happy sangat sangat. Kawan kawan yang lebih kurang setahun lebih tak jumpa, dapat jumpa. And Adlan yang lebih kurang 5 bulan tak jumpa, dapat jumpa jugak. Entah bila dapat jumpa lagi kan? 

That's all from me, THE END

Trip to Taiping with ♡ Part I

Assalamualaikum and Hello everyone!

Sangat teruja nak post entry ni. Sebab rasa teruja time dekat sana tak habis lagi. Kuikui. Hee. Ayuh terus membaca. It's a long entry. But, enjoy reading and looking at those pictures okay :)

First day : 21st June 2012 : Thursday

For the first time bangun awal, *okay tak lah first time sangat * Tapi sangat jarang bangun awal. 7.30am dah bangun. * Clap clap * Siap siap nak jumpa Tipah dekat stesen bus and kami akan bergerak bersamasama ke MRSM tercinta * KONON * Tipah bergerak dari Seri Iskandar pukul 8am sebab plan nak naik bus pukul 9.30am dari Ipoh. Sekali, 8.30am bus Tipah tak muncul muncul. So, aku yang menunggu ni pun, semakin lambat lah segala pergerakan sebab ingat Tipah akan sampai lambat. Sekali, pukul 9.25am macam tu, Tipah text dia dah sampai. Hambikk. Time tu aku baru je keluar rumah. Lambat sangat pergerakan kan. Hmm. So sadd. Memang tak jauh mana pun bus stesen tu, tapi... kesian Tipah kena tunggu aku yang sememangnya anak Ipoh sejati. Sorry :'( Sampai sampai je, Tipah terus pergi dekat aku and cakap, " Wehh bus pergi Taiping baru je gerak. " At that time, sumpah sakit hati dengan diri sendiri. Kill me. *Okay, drama* Hmm Sedih. Then tahu tak, kami kena tunggu bus pukul 10.30am !!! Sejam kot tunggu kat situ. Haihh. But, alhamdulillah, Allah tahu kami takut, kami terserempak dengan Fakhrul which is our batch jugak and dia pun terlepas bus yang sama. Haha. So, kami bertiga tunggu sesama. Naseb lah ade Fakhrul. Walaupun dia takut anjing macam kami, but sebab dia laki, selamat lah sikit :D



This is our bus. KBP. 

Actually, ada lagi satu bus. Tambang dia RM 5 je tapiiiiii, demi keselamatan kami yang tak kahwin lagi ni, lebih rela tunggu 1 jam daripada naik bus yang kami sendiri rasa tak selamat. Haha. Faham faham sendiri lah ayat berbelit ni.
Alhamdulillah, dalam pukul 12.00pm, kami selamat sampai. And nampak lah Meera yang ayu berbaju kurung purple tercongok menunggu ketibaan kami. Sangat terharu dengan dia. Sebab, sanggup menunggu kami sampai lewat. * Come come kiss sikit :* * Plan sampai pukul 10.30am you know, sekali bus gerak yang 10.30am -_______-''

Sampai maktab, muka kami dah teruja semacam. Contact Saadah yang semangat gila pukul 9.30am dah sampai, kat mana nak jumpa. Haha. Kesian Saadah kita kena tunggu lama. Jumpa semua kat PSP yang pada mulanya, aku macam, err PSP tu apa ye? Sumpah lupa. Haha. Library rupa nya. Sorry :P Budak perempuan semua dalam tu. Laki pun ada, tapi kurang lahh. Semua macam, ehh dah kurus, ehh makin ayu, ehh comel nya, ehh kau pun datang. Sungguh bising tak sedar diri dalam library. Sungguh kami tak kesah sebab kami senior. Haha mengada :P


Sebahagian girls yang datang.


Band 13. Miss them so much. Isn't complete when there were only 6 of us :')
 After dah jumpa jerit sana sini, tiba tiba pengetua nak jumpa pulak kat meeting room. Entah nak cakap ape kan. Sekali, cakap pasal sumbangan MARA. Memang tak beri perhatian lah kami. Aku duk gelak gelak and gossiping dengan Meera. Haha. Habis je jumpa, it's time for us nak serbu bilik guru. But sadly, cikgu semua macam busy. Sebab baru habis kelas. Then dorang kena rushing pukul 3 ada meeting ape ntah. Still happy dapat jumpa Cikgu Julia, Cikgu Fauziana, Cikgu Hasleyza and ramai lagi. Sedih Cikgu Wan takde. Dia yang gelarkan kelas aku kelas Taiping Sentral sebab ade kes kami buat masa form 5 dulu. Sungguh rindu :')


















 This is my sweety Nurul Amera <3

Dalam pukul 2.30pm macam tu, aku Saadah Meera Neddy Alia and Farhanah chow dulu nak check in hotel. West Inn Hotel. Murah and berbaloi lah jugak. Walaupun hanya hotel kecik. Kami tetap selesa :) Dah lah dekat dengan TS so, senang. Kami lunch dekat foodcourt Tesco. Ade budak laki yang lunch dekat Pelita Nasi Kandar. But, last, semua berkumpul dekat Tesco. 



Habis lunch plan nak ke rumah Teacher Norbita, yang tengah dalam pantang sekarang. Tapi sedih aku tak dapat pergi. Takde transport. Last last, aku balik hotel dengan Neddy Shazrul and Apek. Sumpah kelakar masa kami nak pindah kereta. Mula mula aku and Neddy tumpang kereta Meera, then nak masuklah dalam kereta Shazrul. Aku dengan tak fikir panjangnya, nak pergi tukar time dekat traffic light. Lagi sikit nak buka pintu. Cuak muka Shazrul. Haha. Last nya, tukar dekat Shell. Gelak besar dalam kereta masa tu :P

Sampai hotel, semua lebuh tidur. HAHA Aku pulak makin tak sabar menunggu kedatangan Adlan. Gerak around pukul 6.30pm macam tu. Berdoa dalam hati, dia selamat sampai. Then tidur. HEE

Pukul 8.00pm macam tu, kami pun bergerak ke maktab balik untuk Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Imran, Ikram and Nik. Time tu, junior perempuan semua pakat usha usha belakang. Kami yang perempuan kan sikit je. Sumpah segan cek cakap. Jumpa lah junior aku kat Pasir Salak. Yang aku tahu nama Anis sorang lah. Yang lain ingat muka je. SORRY! 

 Before gerak ke maktab, sempat kami SNAP SNAP :P
with my bestie, Nor Sa'adah <3

Habis tazkirah dekat surau, kami pun chow mencari makanan. Perut semua nak GRRR GRR tanda SANGAT lapar. Haha. Plan nak serang stall Oblong which makanan yang kami selalu order time kat maktab dulu. Habis prep je, semua duk lari pergi pak guard nak ambil. Ade yang tak tunggu habis prep pun. Time prep tu pergi ambil. Sumpah kebulur. Haha



 Snap snap sambil menunggu mereka yang tak keluar lagi.

Tapi sangat sedih, oblong takde harini. Setiap hari Khamis, pakcik pergi surau * Makcik cakap dengan intonasi sangat kecewa * Aku pun kecewa. Kami pun kecewa. Okay stop. Nak hilang kecewa, kami pun decide nak makan DOMINO PIZZA hoyehh hoyehh yang baru bukak dekat Taiping. Semua teruja ehh ada domino lah ada domino. K shut up :P * Ganas gila *

Sampai Domino budak perempuan semua dah kebulur, so kami lah order dulu and kami lah yang dapat dulu. Hoyehh. HAHA tengah tengah makan, sekali someone buka pintu. And my seat menghadap pintu tau, tetiba ehh macam kenal ini muka, tapi dimana ya? Sekali.. ADLAN DAH SAMPAI!! Hoyehh nak tercekik roti aku masa tu taukk? Sangat terkejut and teruja, maybe. :P Dia salam salam budak laki, order and sembang sembang. Aku terus kenyang. Muka dah merah sebab dak perempuan kacau kacau. Ketuk dengan botol air karang. HAHA * menulis sambil blushing * ><

Then kami nak ke TS untuk tengok wayang! Midnight movie kau. Berlagak. Tapi aku sebagai isteri solehah * Okay tampar sekarang * Setia menemani Adlan makan. Baikkan kan? * Angguk cepat. Thank you! * Habis makan, kami jalan kaki ke TS. Depan je pun. Jangan nak " Wahhh bagus nya dorang jalan kaki " * Drama *

Tengok lah Abraham Lincoln. Best but maybe sebab penat, aku banyak kali menguap and sikit lagi nak tertidur. HAHA sorry. Habis tu, balik hotel. TIDUR! 

wait for next post for the second day! :)

June 6, 2012

Ibu kita pembohong!

Assalamualaikum, Hi 

YES. IBU KITA PEMBOHONG! :'(

|
|
|
\/

" Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. 

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. 

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu "
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(


I do not own this story. I'm not sure it's really happened or not. Tapi, pengajaran tetap boleh diambil walaupun cerita rekaan kan? I thought I won't cry. Tapi hambik kau, basah dah ha pipi ni menitik nitik pulak kan :'(

So people, do we still have the time? For those who still have their mother, Go, Tell them how much you love her. And for those who doesn't, don't be sad. Tabahkan hati. Sentiasa doakan mereka disana. They actually know how much we love them. Saje buat buat tak tahu :')


For my lovely cutely pretty shorty sweetly mother,

I LOVE YOU EMAK, SOOOO MUCHMUCHMUCH *kalau mak bace :P *

Sumber : FB :)

THE END

June 5, 2012

To Hatyai with LOVE!

Assalamualaikum and HYEHYE! :)

Aku berasa teramat lah bosan. Entah tak tahu nak buat ape dah sebab duduk rumah je kan. SO, untuk mengurangkan sikittttttt rasa bosan ni, MARI BERBLOG! Hoyehhhhhh :D 

Memang ade cerita pun nak dikongsi. SO, memang kena tepat pada masanya. Aku baru je balik bercuti bersama keluarga tercinta. Tak jauh, Hatyai Je :) Pergi sekejap. Tapi penat dia, macam sebulan kot -.-'' Yess. Sekejap berapa lama? Cuma 2 hari 1 malam SAHAJA ! Taknak tulis banyak, teruskan membaca :)


_________________________________________________________________________________

DAY ONE

Seperti yang telah dijanjikan oleh syarikat tourism yang kami tempah, semua akan berkumpul dekat sekolah ayah, SK Jalan Pegoh, Ipoh pukul 12am. Because bus akan bertolak lebih kurang 12.30am macam tu. Disebabkan ayah the leader, so, pukul 11pm my family and I dah keluar rumah. Hambik kau. Semangat kan? Haha. Sampai lah sekolah ayah lebih kurang pukul 11.15pm macam tu. Dekat je sekolah tu dari rumah. 

Dalam perjalanan nak ke sekolah ayah, something funny happened. HOHOHO *gelak dulu* Seperti kita tahu, rakyat Malaysia ni kan prihatin. Selalu kalau kat highway, kita selalu nampak orang dekat opposite way bagi sign lampu if ade roadblock kat depan. KAN ? KAN ? Masa kami otw tu, eventhough bukan kat highway, still ade orang baik hati bagi sign kat ayah. SO KIND LAH! Sebab kecuakkan, my sisters and I yang passengers kat belakang ni secara serta merta tarik segala tali yang melekat dekat seat tu and *KETAK* pakai seatbelt. Fuhh. Pantas kami. Rasa terselamat dari saman polis. Hewhewhew

Muka semua dah happy bila pakai seatbelt for the first time ever in our life. HAHAHA SEKALI! Ayah cakap tanpa kami sedar, " Eh, dorang dah kemas kemas lah. " And at that time, aku rasa berapi gilaaaaaaaa. Punyalah semangat nak tunjuk kat polis kami pakai seatbelt, sekali. Hampehh. Takde pun. Disebabkan malas nak bukak seatbelt tu balik, kami pakai sampai sekolah ayah. Very a goodgirl :P

Around pukul 11.45pm, semua dah sampai. Kami pergi satu bus. Rombongan Che Teh :P * Che Teh ialah opah saya. SEKIAN * Sementara menunggu, lepaking with cousins. Chit chat. Pekena aku. Semua ada. Happy dorang gelakkan aku. Cehh -.-''

Jam menunjukkan pukul 12.30am but still, tiada sign bus akan sampai. Semua macam, " Mana ni? Mana ni?" Aqish, my youngest cousin yang baru beberapa bulan dah Uwekk Uweekk sebab lambat sangat. Then, pukul 1.00am pun still, tak kelihatan. Semua dah hot bagai. Sampaikan kakak sulung aku pergi sound tourist guide yang tengah practical. Pity her. Haha. Family aku memang sangat pantang dengan masa. Walaupun sometimes aku leceh lambat siap bla bla bla tapi yeah, aku pun tak suka menunggu. Haha Dari kecik memang punctual tu dah ditanam dalam otak dan hati masing masing. SO, memang padan muka lah sape yang main main dengan masa dengan kteorg. *SILA TAKUT*

Tweet berbau kemarahan
Around pukul 2am lebih sikit baru bus sampai -.-'' Alasan, jam sana jam sini. Haih. Malas dengar alasan. Jom gerak sekarang. So, Hatyai, here we go! *Dalam bus tidur takde cerita*

Sampai di sempadan around pukul 11.00am macam tu. Sangat sesak. Queue sangat panjang. Kenderaan sangat banyak. Bunyi sangat bising. Muka sangat berminyak T.T Pukul 12.00pm, Alhamdulillah, semua dah selamat masuk ke Hatyai :D

First, kami menuju ke Restoren dulu. Nama ape, tak tahu. Haha. Semua dah kebulur. Makanan dorang seriously sedap. PEDAS kot. Tu yang best. For our lunch, dorang sediakan tomyam, ikan 3 rasa, sayur campur, ade kerabu seafood, sambal belacan yang ummm!, ayam masak ape tak ingat. Everything delicious. Dessert, makan bubur nangka. Pelik tapi not bad lah rasanya walaupun aku tak minat sangat.

Next, kami check in hotel. Berehat and bersiap untuk keluar shopping di petang hari. HOYEHHH!

 Left : Powerpuff girls * Along bagi nama -.-'' *
Syila the Blossom, Me the Buttercup *TAKNAK!*, and Eika the Bubble.
Right : With Capik and Abang :D

Berbaris kalau ade Ee lagi cantik gambar ni. Tapi entah mana Ee lari -.-''

Motif gambar : Kau lah BINTANG HATIKU AWW 

While waiting for our bus. Right beside ayah is my Opah :)

So, petang ni, kami dibawa ke Kilang Kacang. Macam macam ade jual kat sini. Bukan kacang je. MACAM MACAM OKAY! Paling popular, kacang gajus and pes tomyam. Ade juga dried fruits. Kacang cerdik. And yang paling best, tourist guide kteorg pesan " YANG BEST NYE DISINI, SEMUA BENDA ANDA BOLEH RASA." Guess what, sampai je, memang family kteorg p serang tupperware gajus dorang. Sampai licin kau. HAHA Ni lah keluarga Aziz Seri * Tok saya * :P 

Next, Kami dibawa ke Kedai madu. Yang jual macam macam jenis madu. Kami dibawa masuk satu bilik ni semata mata nak dengar sorang kakak tu gtau madu yang dorang jual. Sumpah rasa macam kat sekolah T.T Kami yang muda muda ni tak berminat. SO, buat bising je lah kteorang. Langsung tak beri perhatian. Sorry akak :P Kahkahkah

Last sekali, 


Floating market :)
 Dah ramai tahu kot pasal floating market ni. Cerita sikit lah. It's called floating market because, semua makanan dijual atas sampan, which is floating. HAHA Memang makanan sahaja yang dijual. Kena hati hati sikit time membeli. Sebab halal and non-halal semua ada. Sampan dorang pun sebelah sebelah je. But dun worry, dorang ada sign for halal and non-halal food :) And menurut our tourist guide yang dari Hatyai ni, beli makanan dari mereka yang bertudung sahaja. Because di sini, semua yang menjual makanan WAJIB TUTUP KEPALA dorang. That's why anda akan lebih yakin kepada mereka yang bertudung. InsyaAllah :)

Done with floating market, kami pulang ke hotel semula. At night, kami jalan jalan sekitar hotel sebab ade pasar malam. Fun tapi crowded gila :O Tak beli ape pun. Before balik, singgah beli makanan dulu. LAPAR KOT!

While waiting for our orders :)

End of day one :)







DAY TWO

Kring Kring Kring * Phone berbunyi * Semangat semua orang mengejutkan family masing masing. Pukul 8 pagi kami semua dah bersiap nak ke BAZAAR which lebih kurang macam Pasar Siti Khadijah dekat Malaysia and Pasar Besar dekat Bandung. Tempat shopping benda murah murah sampai boleh terkeluar biji mata. HAHA * Tak lawak. Kbye *

Before pergi Bazaar, ayuh pekena sarapan dulu. So, kami bergerak ke Salma Halal Restaurant tak jauh dari hotel. Makanan sedap lah jugak tapi mahal T.T

Kat sini ade Wifi. Tengok mereka sangat kusyuk rindu pasangan masing masing. Kbye -.-

After sarapan, jom ke Bazaar! So, we took a Tuktuk, public transportation kat sini. 20 Bath per person which is RM2. Kalau yang bertuah boleh je dapat 10-15 Bath. Kami tak T.T

Ini muka jakun kami. First time naik tuktuk and sangat sempit and kecik -.- Kesian mereka semua terpaksa duduk sedikit menunduk. Padan muka. Tengok aku, relax je * Sebab pendek * Bangga sekejap.

Arrived bazaar, semua dah ade, then berpecah shopping lah korang sendiri sendiri. Banyak jugak beli kat sini. Beg, baju, blouse. Okay lah. Takde lah murah mane pun sebenarnya. Lagi best shopping kat Bandung. Haha

Pukul 11am pulang ke hotel balik and bersiap untuk pulang. 


Ini ibu ibu bapak bapak bersama opah.
From left : Makcik, Mak, Mak Andak, Cikdu, Ayah, Opah, Cik Ari, Mak Ngah, Pak Ngah

Ini cucucucu pula bersama Opah tercinta 

Check passport before bergerak. Semua okay. Alhamdulillah :)
Selesai semua, kami pun naik bus and bergerak ke Danok, sempadan :)
Beginilah keadaan time beratur nak keluar. Sesak and queue panjang. But lagi okay dari nak masuk sebab time keluar banyak counter. Masa masuk 2 je. Macam ape -.-''

Selesai semua, kami pun pulang ke Ipoh balik. Alhamdulillah, perjalanan selamat. Walaupun sampai sampai, dah gelap gelita.
Last but not least, aku nak perkenalkan the hottest baby ever in this trip. Hehe. Semua nak pegang and bergambar dengan dia. Meet, my youngest cousin, Nur Qistina Idayu 
With her mama, Cikdu.





Dia rimas dah. Jangan nangis jangan nangis.

Bakat terpendam.



End of story. :)