May 29, 2011

New Friends, New Place, New LIFE !

Assalamualaikum and Hi!


lama tak menulis. huu. busy sikit semenjak dua menjak ni. macam macam yg aku buat. banyak tempat yg aku pergi. banyak activiti yg aku kena tempuhi ;)

19 mei til 22 mei hari tu aku selamat sampai dan pulang ke Jakarta and Bandung, Indonesia. family trip. actually ni kali ketiga aku menjejakkan kaki ke bumi bandung and jakarta. dah biasa dah dgn suasana kat sana.

bukan tu yg aku nak cerita sebenarnya, sejajar dgn tajuk entry yg ditulis, aku nak bgtau, 23mei2011 yg lalu aku telah mendaftar di Kolej Matrikulasi Perak :D hee dekat dgn rumah. so, tak rasa homesick mahupun sedih sgt. sikit sikit je. naseb lah dapat dekat. 22 aku balik Malaysia, 23 terus kena pergi daftar. mmg terasa jugak lah kepenatan nya. tapi, aku masih gagah. hehe

gambar dibawah baru je ditangkap semalam. before balik rumah kami ada senamrobik, aktiviti terakhir dalam minggu orientasi. one week of orientation, hmm, penat mmg penat. mcm mcm jadi and mcm mcm juga ilmu and motivation yg kami dapat. APA YG KAMU INGINKAN, 4 FLAT! hee. itulah ungkapan yg selalu dilaungkan oleh pelajar KMPk. Goodluck semua!

kepenatan selepas senamrobik
kena buli dgn sera

 meet sera and ana ;)

roomate semua okay. dapat pulak kami semua sama modul, so, its easy for us nak study sama sama kan ;) budak ex mrsm taiping pun ramai lah jugak. so, takde hal lah. hee.

just, aku berharap sgt kali ni aku takkan menghampakan kedua ibu bapa aku, family aku or sesiapa yg memberikan harapan yg tinggi pada aku masa SPM dulu. dgn iringan doa ibu bapa, keluarga, sahabat handal and yg paling penting, DIRI SENDIRI, insyaAllah kecemerlangan pasti dalam genggaman aku kali ni. AMIN.

THE END

A N F

Assalamualaikum and Hello!



woohooo! sila lihat baju diatas dgn teliti!

actually baju ni aku beli di Bandung, Indonesia seminggu yang lepas. teruja gila bila jumpa baju ni di Rumah Mode, Bandung *okay aku jakun, sila tepuk tangan* tanpa memikirkan harga, aku terus mencekup sambil melihat kiri dan kanan untuk memastikan tak de sape sedar aku menjakunkan diri -.- *malu* disebabkan baju ini baju lelaki, amat besar gedabak lah bila aku pakai. tapi ADE AKU KESAH? yg penting warna PINK gituu. HEE and time aku beli ni aku dapat menjelouskan cousin aku sbb takde
baju N N S *amat riak ye disitu* ^v^

KEPADA SEMUA WARGA KOTA! DENGAR SINI,
A N F NOT STANDS FOR ABERCROMBIE & FITCH
TETAPI DGN INI, SAYA MENGISYTIHARKAN

A N F STANDS FOR ..... *drumroll sikit seperti biasa*

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


ADLAN AND FATEN! haha *ohhmyy, malu malu* ^^,

sekian,
THE END

May 18, 2011

Pengembaraan 4 hari 3 malam - Hari 4 = haa! ada orang datang MEMINANG!!?

sambungan ~

hari terakhir dah tiba bagi pengembaraan 4 hari 3 malam aku bersama abg and kak aween. fuhh. mmg mcm mcm lah pengalaman yg aku dapat. and yg paling penting, aku dapat rasa sendiri sesuatu yang berkaitan dgn peribahasa ni, ''kalau air yg dicincang takkan putus'' ;)

masuk hari ke 4, bila buka je mata, kami bertiga dalam train, diatas katil masing masing. Alhamdulillah. dalam pukul 6.40am macam tu, syukur kami bertiga tiba di KL Sentral, bertolak pukul 11.55pm dari JB Sentral. first time aku naik train. first time juga tidur dalam train. mmg kenangan yg aku tak kan lupa. tidur dgn ditemani bimok. mmg lena tak ingat dunia. lagi lagi ditambah dgn penat berjalan di USS.

bila train dah stop and announcement pun dah diberi menandakan telah tiba di KL Sentral, tiba tiba langsir katil aku dibuka. dan satu tangan menggoyangkan tangan aku suruh bangun. terkejut aku sampai terlompat aku kat situ, rupa-rupanya abang aku kejut suh siap siap nak turun. HAHA aku tak sedar pun bila train stop, announcement semua aku tak sedar. mmg tidur mati aku kan. hee. thx ABG :)

then kami naik komuter balik ke shah alam. sampai shah alam, pergi rumah kak aween utk mandi semua. then, adlan ambik aku utk pergi breakfast. wahh. aku ingat sempat lah nak tidur sekejap, tapi tak sempat. badan aku rasa agk penat lagi. tapi sbb orang tersayang disisi, takde lah rasa sgt. AICEHH! *nak lawan abg manja yg haritu, aku menang tak? * haha lepas pergi breakfast, adlan ajk pergi main bowling sbb tak tau nak buat apa dah kan. huu. aku ni dah la tangan bangku. mana lah reti. tapi, sbb adlan, main jugak lah. hmm kan aku dah ngaku awl awl aku tangan bangku kan, sure sure lah aku kalah :( MALU! dah la ade pulak budak kat sebelah kteorg tgh practice bowling, lagi aku segan. kenangan kenangan.

habes main bowling, tak tau nak buat apa. so, adlan bawa aku round round shah alam. pergi tgk tempat kerja dia. sekolah lama dia. semua lah dia tunjuk kat aku. hehe. rancang nak masuk Snow Walk dkt i-City, tapi tak bukak lagi masa tuh. SADISS. huu.

tgk jam dah pukul 11.50am, so, it's time utk adlan hantar aku balik. dia kena ambil adik dia balik sek and sembahyang jumaat kan. nak taknak mmg aku kena balik juga :( dia hantar sampai rumah kak aween, tggu dalam kereta sampai abg and kak aween balik dari sek 18. lama jugak lah tggu. pukul 12.10pm mcm tu baru nampak kelibat kereta Kenari merah kak aween. lepas aku hulur kan Mug USS yg aku belikan utk adlan, aku pun keluar dari kereta Saga kelabu milik adlan dgn hati yg agk berat. huuuuuu. takpelah.

aku masuk kereta kak aween and kami terus bergerak pulang ke negeri sendiri. BYE BYE SHAH ALAM! tempat yg kami ingin tuju after that is Bagan Dato'. hantar kak aween dulu. and dalam pukul 5.00pm mcm tu, aku and abg pun minta undur diri. tetiba, ayah kak aween bg kebenaran abg drive kereta kenari tu balik ipoh. tak payah lah kami nak naik bus kan. thank you uncle! senang kami. tiba di rumah agk agk pukul 7.30pm mcm tu, BAPAK AHH asal rumah aku banyak betul kereta? ada kenduri ke??? ORANG DATANG MEMINANG KE??? sekali baru aku perasan. tu semua kereta kakak aku yg dua org tu. laa. mana lah aku tau dorang ada balik kan. and ya, kami mmg kejam. semua ruang kat rumah kteorg semua kteorg conquer sbb nak park kereta. maaf jiran tetangga ye ;P

wahh. mmg happening bila semua balik. aku pun agk lah rindu kat dorang. lama tak jumpa. yelah. alg kerja kat Pahang, min kat Taiping. kalau kat ipoh sure hari hari jumpakan? hee. itu sahaja lah cerita pengembaraan aku utk 4 hari 3 malam ini ye ;) byebye!

THE END


Pengembaraan 4 hari 3 malam - Hari 3 = Berjaya menjejakkan kaki di tempat yang dirancang :)

sambungan ~

MASA NYA TELAH TIBA! WOOHOO! lama dah tunggu tiba juga akhirnya. masanya utk kami keluar dari Malaysia. masanya utk kami menjejakkan kaki di negara orang. alhamdulillah, tepat pukul 11am macam tu, kami tiba di Singapore negara terbersih ;) agak bersih la jugak kan. hehe. actually plan pergi negara jiran ini bukan lah nak stay lama, just utk mengunjungi tempat yang orang selalu duk cerita, BEST BEST NANTI KAU SURE PENAT bla bla bla hee. tempat apa? semestinya... jeng jeng jeng *drumroll pls*

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE!
woohoo!

for hari ketiga ini, banyak gila nak kongsi about USS tapi tapi.. aku tau korang taknak baca byk byk leret leret kan.. jadi meh lah tgk gambar ye *wink wink* :D picture tell thousand words kan ;) selamat melihat :D













 yang roller coaster ni seriously korang kena naik! mmg kecut perut naik. tak tipu!



tak cukup? 

hehe maybe that's all photos yg aku nak tunjuk. sorry kalau sesape rasa sikit. actually mmg sgt banyak tempat and game lagi. yg wajib korang pergi kalau msk USS, pergi masuk Revenge of mummy, roller coaster, water world, 4-D shrek, and new york road ;) mmg situ best best. ha. gambar atas tu kan ada bottle potion tu. ha, that's their specialty lah. kat tmpt lain takde. kat dlm USS je ada. and i thinked, mostly each stall ada jual bottle ni. and for the drinks, boleh pilih nak air biasa or mcm kat atas tuh. nama dia SLUSH. dia mcm ice blended lah jugak. SEDAPP!

eventhough kteorg masuk pukul 11am and keluar pukul 6.30pm, FUHH ponat kami aihh. mmg kaki mcm nak tercabut, mata dah pinar pinar, muka dah berminyak. semua rasa ada lah. haha. tapi mmg FUNNN!

so, that's all yg nak story morry about USS, harap ada lah info yg dapat disampaikan bg sesiapa yg tak pernah pergi. tak banyak sikit pun jadilah kan. HEE

bersambung ~

Pengembaraan 4 hari 3 malam - Hari 2 = BUKAN KAU SORANG JE YANG BERCINTA!

sambungan~

hari ini kami bertiga akan bertolak ke Johor Bahru. FUHH jauh perjalanan tu kan. tapi, BIAQ PI! bus kami pukul 9.00am. so, pukul 8.30am mcm tu dah ada kat bus station. ala, seberang rumah je. breakfast dulu. ala, minum air je pun. kan tak boleh makan berat. then, naik bus. okay. dua tingkat. masing masing terasa takut. this was not my first time tapi, biasalah berita kita dah dgr mcm mcm kan pasal bus dua tingkat ni. tapi, bg sedapkan hati, fikir positif, duduk dah berdoa agar perjalanan selamat :)

lucky me sbb dapat single seat. dapat lah aku termenung sorang sorang sambil layan lagu mp3 kan. sekali...... naseb malang menimpa. cess. apalah nasebku ini. ada lah sorang mamat ni. naik bus then his seat was behind me. itu aku tak kesah lah. yang aku kesah nya, DIA OTP DGN AWEK MCM NAK CAKAP DGN SEMUA ORG YG DALAM BUS! okay. mmg berapi lah aku. cakap kuat gila. adoi. abg abg. agak agaklah nak cakap pun. ruang bus ni bukan nya besar sgt sampai vibration yg terhasil kurang sampai buat orang lain tak dgr. aish. cakap pulak nak manja aje. SAYANG, B, ABANG, YANG. naseb aku tak dgr darling baby anja ke apa. kalau tak mau aku bgn suruh dia tukar seat. mengganggu ketenteraman orang lain. sekaligus, aku tekan button volume mp3 aku sekuat yang mungkin. tapi, cuba bayangkan. still tak boleh menghalang aku dgr suara abg manja kat belakang aku tuh. adeii. sembang pulak pasal kahwin lah. culik anak orang lah. free call lah. DIGI. topup kan. HEYYY. geram geram. kau ingat kau sorang je ke dlm bus ni? atau kau ke yg bayar semua ticket penumpang bus ni? CEHH but thanked God, agk lama lps tu, dia stop kejap. tidur. Alhamdulillah. tapi, sampai je Johor, terus call balik. MAK AII. time tu mmg aku berdoa, cepat lah sampai Johor Bahru -.-''

dalam pukul 2 lebih macam tuh, syukur. sampai jugak bus yg dinaiki tu di Johor Bahru. syukur syukur. aku turun bus rasa pening pening. dgn suara abg belakang yg kuat tak ingat dunia, duk dalam bus lama gila and naik bus, ha jadi pening lah aku. then, kami cari teksi utk ke hotel kami. The Zon Regency :) bapak ahh. bila check, 5 star kau. mau tak jakun kteorg. haha SEGAN SEGAN. but ya, sbb aku byk mengembara, tak feel sgt lah. rasa biasa biasa je. but serious this hotel was ssooooooo awesome. their room, facilities, pool pluss hotel ni dia connect dgn Mall bebas cukai. best best! :D

nak jugak tangkap kan :P




after check in, perut kami dah berkeroncong. it's LUNCH time! hee. sbb hotel connected dgn mall, so, kami cari makan dkt mall je lah. and tak tau knp kami rasa agk terkejut when we found mamak's stall inside the mall. wahh. kau. mamak tuh. so, we're decided to have a lunch there. malas nak fikir panjang and serabut kan otak. their food, hmm not bad. kenyang sampai sendawa lah aku. Alhamdulillah ;)

then, we're going back to our room. nak rehat kat segala tulang temulang dan mussle temussle :P abg keluar jumpa dgn agent yg tolong set kan our vacation ni. aku and kak aween duduk dlm bilik tgk TV. haha. rehat dalam bilik je until night. mula mula plan taknak dinner. konon tak lapar lah kan. sekali, perut GRR GRR dah berbunyi protes kelaparan. adoi. so, kami pun turun lah mencari makanan nak mengisi perut.


the chosen one ;)

abg's nasi goreng daging merah 


 mine mee tomyam

kak aween's nasi goreng kampung

Alhamdulillah, kenyang kami semua. makanan dorang pun boleh lah sedap nya. and nak tau tak, yg best nya ketika kami makan kan, ada band nyanyi. maybe dorang tu org indon cari makan kat malaysia. tapi suara and their songs, not bad at all ;)

habes makan, pergi singgah kedai beli ubat. spare utk berjalan esok. kemudian, pulang ke hotel dan tidur ~

bersambung ~



May 16, 2011

Pengembaraan 4 hari 3 malam - Hari 1 = siapakah BIMOK?

Assalamualaikum and Hello :)

mmg sgt lama tak update blog. terasa kaku pulak nak tulis tulis ni kan. huu. tapi disebabkan aku merantau agk jauh juga, so, byk rasanya aku nak bercerita. harap sudi lah korang membaca ye <3 hee

lets start, 10 Mei 2011, first day bg pengembaraan aku keluar dari negeri sendiri. hee. aku and abg naik bus utk ke Shah Alam (SA). naseb lah hari bekerja, so takde lah penuh and susah nak dapat ticket. naik bus Plusliner pukul 9.40am sbb plan sampai SA mcm before zuhur. thanked God, sampai lah kami pada pukul 12.30pm mcm tuh. and at that time, SA agk sesak org dah keluar utk lunch i think. sampai sahaja kat bus station, Kak Aween dah berdiri tegak menunggu kedatangan kami. so, naik kereta Kenari merah Kak Aween dan kami bergerak utk ke tasik di Seksyen 7 utk jumpa Mr Adlan AKA Hubbybear :D sbb kami nak date date setelah lama tidak berjumpa kan. after abg dah drop aku di situ dan aku pun dah selamat masuk kereta lanlan. kami pun gerak ke Jusco Bukit Raja while abg and kak aween pergi isi minyak. actually, dorang juga akn ke Jusco. saje gedik gedik naik dua kereta :P 

bila sampai Jusco, kami pun naik ke Cinema utk check ticket. hee. kami dah plan nak tgk cerita seram, so, pilihan movie kali ni ialah..... SERU! haha. kami berdua konon berani je. saje nak mencabar diri sendiri :P movie pukul 3.15pm. byk lagi masa kteorg kena tggu. so, apa lagi. LUNCH time. haha. perut agk lapar sbb tadi tak breakfast. sbb aku tak boleh makan kalau nak journey jauh. kami decide nak makan Kenny Rodgers sbb dah lama tak makan. hee. thx Lanlan sbb belanja kita :) tapi tapi sbb aku kurang sihat, makan tak habis. Lanlan yg habeskan mknn kita. rasa kurang selera. hukhuk. sedih mengembara ketika badan tak sihat :'(

habes makan singgah Guardian beli panadol. sbb mmg badan aku time tu dah mula memanas :'( sedih sgt. rasa tak sedap badan juga. lepas makan ubat, nak tggu 3.15pm, kami jalan jalan tgk mcm mcm. bila pukul 3.00pm mcm tu, kami dah bergerak ke Cinema. habes movie around pukul 5.30 mcm tuh. FUHH mmg menyeramkan lah jugak cerita SERU tu. menjerit jugak lah kteorg. HAHA. tapi time tu movie abg n kak aween tak habes lagi, so, sementara nak tggu dorang punya movie habes, kami layan Baskin Robins sekejap. beli one scoop sorang. wahh. dalam keadaan aku yg selesema and mcm nak demam, mmg layan lah makan aiskrim. HAHA

bila dah habis makan, movie still tak habes lg, so, kami bergerak tgk barang mainan. haha. kteorg mmg suka tgk barang mainan budak budak ni. rindu zaman budak budak kan :') jalan jalan and Buzzlight-er yg adlan nak beli ada, tapi duit time tu tak bwk lah pulak. apa lagi. kteorg main tekan tekan je lah semua mainan yg ada bunyi bunyi. mmg best. HAHA and suddenly adlan tarik satu bear ni. kecil but comel gila. dia pakai riben warna pink lg tu. hee. fav colour aku kan :D then dia kata nak beli bg aku. adoi. mmg blushing lah time tu. MALUUUU! hehe

BIMOK
then, pergi counter bayar, bayar dan bergerak jln jln lagi. turun bawah sekali ada org jual cupcake yg comel comel. wee. aku beli lah. huruf A , F and bentuk love and rainbow. comel comel. kami duduk sekejap nak rasa cupcake tu. icing dia manis. so, makan satu je la yg kteorg larat. bila tgk jam, dah pukul 6.30pm mcm tu, time for adlan mengundur diri :'( rasa masa berjalan cepat sgt.. aku sedih juga nak bg adlan balik, but mana boleh halang kan. so, aku pun hantar lanlan ke kereta. mmg sedih :'( after that aku bergerak ke abg and kak aween. 

pukul 7.00pm kami pulang ke rumah. and keluar ke uptown utk dinner. aku makan nasi ayam hainan walaupun takde lah mana hainan nye kan sbb aku tak mkn nasi for whole day dgn air suam. hukhuk. nak jaga tekak kan. tunggu agk agk 10 minit, air sampai. aku pun semangat nak minum air, tekak dah kering. sekali BAPAK MANIS AIR NI! aku pun tanya lah abg, kat sini mmg air suam dia manis ke? *okay aku tau aku lurus gila* sekali kena gelak dgn abg and kak aween. HAHA rupa rupanya orang tu bg aku salah air lah. dia terbagi aku AIR GULA kau! nak baikkan demam sekali mau dapat DIABETES aku. HAHA lawak. sebab first time ke uptown. so aku mmg macam jakun skit lah. HAHA segan. jalan jalan each kedai yg ada kat situ. then, balik rumah and siap utk tidur. esok kena bgn awl ~

bersambung ~

May 9, 2011

Mother's Day ^^,

Assalamualaikum and Hi Hi !

sebelum start menulis panjang panjang, aku nak mintak maaf sbb lambat update. ye lah. start 12am 8mei or ada yg before tu pun orang dah duk post pasal Mother's Day dlm blog. dkt status FB pun berderet duk wish kepada ibu yg tersayang. aku masih terkedek kedek lambat meng-update blog. maaf maaf.


walaupun aku lmbt, still aku celebrate Hari Ibu utk emak tersayang, Sofiah bt Ramli <3 

so, plan utk celebrate hari ibu buat last minute. tak tau nak bawa mak mkn dekat mana. so, tanya lah mak nak mkn mana kan. mak tetiba ckp, Pizza Hut lah. dah lama tak makan. aku pun, okay ! mmg kteorg dah lama tak mkn pun kan. so, inform ayh, min and abg. mlm nnt nak pergi makan Pizza Hut.

after Maghrib, kami pun bergerak ke Tesco S.18. sampai sana, duduk duduk and order semua. tapi entah kenapa service dia sgt lah lambat. maybe sbb ramai org dtg. ye lah. hari minggu dan ramai juga nak sambut hari ibu kan. so, sementara tunggu makanan, Min rasa bosan or maybe semua org. haha. then min ajk pergi jalan jalan. tgk shawl semua. habes jln jln and min dah pun grab satu shawl, kami pulanglah ke Pizza Hut.

naseb dah sampai makanan. tak rugi keluar jalan jalan. hee. teka aku mkn berapa byk? sumpah mmg banyak gila. ni la first time aku mkn sgt byk. entah kenapa. mcm aku pulak yg ibunya kan. HAHA aku habeskan 2 bowls mushroom soup, 3 slices pizza and 2 chicken wings. semua teruja tgk aku makan. sbb aku mkn memang nmpk sgt menyelerakan :P

sebab terasa lambat makan guna sudu, hambik kau! aku hirup je :P

Alhamdulillah. habes licin semua aku buat. hee. after that, masa utk pulang ! perut dah penuh, mmg suka hati :D tapi mak ayah bertolak pergi sekolah ayh sbb ada kerja sikit. so, apa lagi, aku, min and abg pergi lah jalan jalan kejap. hehe. then baru pulang ke rumah. :)


THE END

Action Song SK Simpang Pulai !

Assalamualaikum and Hello :)

hee. agk lama aku dah tak update blog kan. selalu hari hari ada je benda aku nak tulis. act, aku tak update sbb sibuk sikit skrg ni. aku baru balik dari Pengkalan Hulu. fuhh. mmg penat. walaupun hanya dua hari kat sana. tapi sbb kerja yg perlu diuruskan byk, so, mmg penat.

apa ye aku buat kat sana? hee. seperti title yg telah tertulis, aku pergi PH utk mengikuti rombongan pelajar sekolah ayh aku, SK Simpang Pulai utk berentap dalam action song. action song ni budak budak kena menyanyi sambil membuat pergerakan. ohhmyy, COMEL gila budak budak ni. ye lah, yg masuk budak darjah 1-3. mau nya tak comel. dgn lagu lagu yg dorg nyanyi lagi, pergerakan dorg. 

Sabtu, 7 Mei, perlawanan berjalan. semua sekolah akn berkumpul di dewan majlis daerah. dewan dia walaupun ada aircond yg berderet tapi ya Allah, panas panas. maybe sbb tambah pula dgn gemuruh, mmg sgt HOT. grr. sekolah ayh aku rezeki dapat no last utk beraksi. mmg penat nak tggu turn. semua sekolah ada 10. ada ok and ada tak. ada satu sekolah tu tgh beraksi, mmg tak dpt tarik perhatian aku sampaikan aku hampir tertidur. tapi sbb aku baik taknak tunjuk sgt kejam, aku just menguap kira-kira 5 kali. HAHA

then, bila tiba masanya turn kteorg, aku mmg terasa tempias gemuruh budak budak ni. mmg takut. tapi, Alhamdulillah dapat menarik mata semua yg berada dlm dewan :) lega tgk respon penonton yg angguk angguk tanda best. hee. aku turut rasa happy bg pihak guru guru and students. habes persembahan, tepukan yg diterima. WAHH mmg sgt best. gemuruh! budak budak pun semua lega. termasuk lah guru guru and aku yg menyebok ni. hee

tok tek tok tek tiba lah masa utk mengumumkan pemenang bg semua pertandingan. sekolah ayh aku wakil utk daerah kinta utara. so, masing masing berdoa agar kinta utara akan diumumkan sebagai juara. bila sampai nak umum hadian action song, semua diam. and dgr lah suara pengerusi majlis start umum, pemenang tempat ketiga.... jatuh kepada..... KINTA UTARA!!! budak budak semua mcm, HAAA? aku just diam. taknak bg respond sgt. guru agk sedih juga. target utk memenangi tempat pertama tak tercapai. tapi, kami still rasa bersyukur. ada sekolah yg berharap utk menang tak menang. kami, walaupun tak tempat pertama, masa ada tempat juga utk kami digelar pemenang :')

after that, pulang ke chalet utk bersiap pulang ke ipoh, then ayh nak happy kan semua balik, ayh ajk whole rombongan pergi sempadan thailand. ada kedai bebas cukai. boleh lah menjamu mata and shopping sikit. mmg best tgk semua happy balik. and time tu Puan Hasnita kenalkan kami dgn satu masakan thailand yg dia suka gila, Laksa Gulai Lemak Rebung. first time makan, tapi WAHH aku dah jatuh cinta. mmg sedap. dan dia sgt lah PEDASSS. tak tipu. semua keluar kedai dgn mata merah dan berair. haha. kenangan :')

then, habes semua, pulanglah kami ke Ipoh <3 nway, congrats SK Simpang Pulai, Ipoh!

students tgh bersiap

izah atau nama panggilan MekJah. budak terkecil dan tercomel ;)

with them :)

with aween :)
THE END

May 6, 2011

Tutti Fruitti De Garden

Assalamualaikum and Hi Hi !

pukul 11.00am tadi bergerak mengambil faie di rumahnya then teruskan perjalanan ke rumah ein pula utk diangkut sekali. seriously i'm the driver for today but ya i'm glad ;) aku driver yg berhati hati tau. walaupun break kereta yg tak berapa nak makan eventhough dah byk kali disumbat makanan still tak ada selera, aku masih boleh menjamin keselamatan penumpang serta diri sendiri selamat ketika memandu. aiceh. insyaAllah. dgn bantuan-Nya juga. hee.

kenapa aku mengangkut mereka? sbb........ aku sgt lah teringin TUTTI FRUITTI <3 <3 aww aww hehe fatin selalu kata aku mcm org tua sebab selalu teringin itu dan ini. tapi, err biasa lah. nak teringin juga. nak buat mcm mana kan ;)

after pergi makan sepuas puas nya walaupun tak lah berapa puas tapi still bersyukur, Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan ke tingkat atas bangunan tuh. bangunan apa? tutti fruitti tu dlm bangunan tu lah. HAHA tak paham ayat berbelit aku? lantak~ sebenarnya bangunan tu bangunan De Garden namanya ye rakan rakan ;)

naik je atas, wahh. tak tau kenapa. rasa teruja semacam. then, kami masuk lah satu butik ni. masa kteorg nak masuk tuh, pintu terkunci *peniaga pergi lunch* tapi kami ni mmg lah kejam, still berusaha nak bukak pintu tu *faie dah mcm pencuri* dan aku dgn pantas membunyikan loceng yg digantung disebelah pintu. dan bunyi nya? MAK AII kuat gila! ein and faie dah malu. aku buat buat tak malu. HAHA beberapa saat lepas tu, muncul lah si peniaga. see kalau aku tak bunyikan loceng tuh sure takde sape dtg kan? terer kan aku? HAHAHA

then, masuk butik dia. SEJUUUKK. banyak baju yg cantik. and faie's words for today, NI CANTIK NI CANTIK NI CANTIK and lasttt HARGA PUN CANTIK mmg mahal baju kat butik tu. tapi, sbb taknak make the owner disappointed, faie belilah belt dia. sbb kteorg dah kacau lunch time dia kan. MAAP KAK :p

habes tuh. photography session! haha. mmg tak sah bg kami kalau tak tgkp gmbr :) so, sila tgk sila tgk. hee

this is me with ein

ini bersama faie pula

GREEN BLUE BROWN = US
okay. really had so much fun hari ni walaupun bukan semua yg diajak dpt hadir. SADISS T_T after tgkp gambar then pergi kedai mamak makan capati satu sorang dan minum air semua berunsurkan teh. habes makan, hantar faie nak buat medical checkup. then? apa lagi aku and ein pergi berjalan mencari chopstick BESI yg dah lama kami idamkan haha selain tuh aku beli satu shawl and one shirt. ein pun beli shirt. habes tuh hantar ein balik dan saya pun BALIK! sekian~

THE END

May 4, 2011

Thank You

Assalamualaikum and Hello!

for those yg pernah menonton boys over flower or sesiapa yg takpernah nak minat cerita korea, mari luangkan sedikit masa anda tgk video ni. the meaning of this song, adoi memang menyentuh perasaan. dun worry, ada translation ;)  
*pls pls tgk vid ni walaupun lagu lama*


sesiapa yang nak baca lyrics dia sambil feeling feeling, silakan ;)
 
THANK YOU
 
Thank you, for being by my side. Nervous, walking this road with you.
I love you, the awkward words that I say in front of you. Be blessed, I must let you live well.

Sorry, for meeting someone like me. Painful, I am still lacking in many ways.
I will be by your side until the end. I will protect the beautiful you.

I pray not to release this hand even if I die. I promise to walk with you until the end of time.
Because the extreme love can be worn out by time, I vow to keep the beautiful memories and even the days that we cried.

Sorry, for not being able to be better. Painful, that I am always lacking in some ways.
I will protect you until the end even if it is hard. I will protect the beautiful you.

I pray not to release this hand even if I die. I promise to walk with you until the end of time.
Because the extreme love can be worn out by time, I vow to keep the beautiful memories and even the days that we cried.

Only you can forgive my heart
Even though I am imperfect, even though I am lacking in many ways, I sincerely want you.

Even if days of difficulties were to come, I will not release the two hands that I hold until the end of time.
Because the extreme love can be worn out by time, I vow to keep the beautiful memories and even the days that we cried.

Thank you. For being by my side..
 
 <3
okay. Thank You.
hee. Goodnight!

p/s : thanks kepada seorang kwn aku yg suruh aku tgk video ni di tgh tgh malam ni ;)

THE END

May 3, 2011

Hujan lebat masa Si Nobita tidur lena ;)

Assalamualaikum and Hi Hi!

korang semua sihat? harap sihat lah ye. aku? sihat walafiat, alhamdulillah.

hmm. ni nak cerita, Ipoh skrg ni mmg tak sah kalau tak hujan. asyik hujan je setiap hari. kalau tak pagi, petang, kalau tak malam, tgh malam or pagi pagi buta. sejuk gila lahh. and nak cerita, masa hujan hujan begini lah Nobita selalu mencomelkan diri, tidur sgt lena sambil mengeluarkan lidah. grr. geram aku T_T

siapa Nobita? AHHA bukan si nobita adik doreamon tu ye. ini Nobita si comel taman taufikrumah aku :P

Nobita kucing aku yg paling gedik sekali. anak kepada Chico. tapi dorang dua lain warna. HAHA mmg unik ;). Nobita baru 3tahun tapi ya Allah. gemuk gila nak mati *hyperbola* haha. and nak tekankan, nobita BETINA ye.



 ni gambar dia aku tgkp dah lama. ni time otw nak tidur.

and bawah ni hari ni. tadi hujan tgh lebat turun, ni la kerja dia T_T zzzZZZ





jom kenali Nobita lagi dekat or err tgk gambar dia dulu dulu ;)
ni lah kucing kucing kesayangan aku ;)
urrgghh. GEDIK!
next, gambar masa nobita kecik kecik. ratu photography la kate kan T_T

Nobita baru lahir! ;) 






alolo. tidur :')

ohhmyy. banyak nye gambar kan? ahha. takpe. mencuci mata haraplah :P

hee. ni lah Nobita si comel taman taufik ;) 
sorry gambar yg ditangkap harini sangat lah tak cantik. tangkap guna camera phone 1.3mp je -.-
and for today's entry, gambar Nobita yang banyak ditepek, lepas ni InsyaAllah akan ni review si garang Boboy and si cantik Chico pula :P


THE END