November 7, 2013

Hectic Busy Dizzy


Ya Allah. I never thought this sem would be soooo busy and soooo stressful. Serious it’s definitely different from my first and second sem. Every minute and second ada je benda kena fikir and siapkan. If this week full with tests and quizzes, jangan cepat sangat nak hembus nafas lega if dah selesai semua sebab guess what, next week akan full of test and quiz jugak! Gila jugak kengkadang rasa. 

I realized, this sem banyak sangat project and assignment. Banyak gila tak tertahan. Ada masa yang tak sempat nak rehat, kena buat kerja lain. Tak sempat nak mandi, kena lari sana lari sini. Siapkan tu, siapkan ni. Nak hadapi sem ni, adik-adik silalah sediakan mental, fizikal, rohani, jasmani, intelek ape semua yang patut awal awal. Nak lenggang lenggang awal sem boleh, masuk hari kedua, dah stress. Haha.

Aku ingat lagi masa masuk sem dulu. First day of class dah kena stress kan otak ni duk fikir apa yang belajar sem lepas. My lecturer asked us (my classmates) to finish our assignment just in less than 24 hours. Harini bagi esok dia nak Tanya. Lagi seram, she asked us one by one and LISAN. But bila dah berminggu belajar that subject, that lecturer gelak je bila kenang balik. Rupanya she just wants to test us. Sumpah rasa kena tipu. She was too cool! Best gila belajar dengan dia even subject dia agak hard or MEMANG HARD. Haha

Sem satu, cool lagi. Sem dua, banyak subject research, sem tiga- banyak semua benda. Haha. Kena hafal banyak, test banyak, formula banyak, everything laahh. Otak serius need some rest after sem ni nanti.
Btw, this entry bukanlah nak merungut ke apa tau. Just nak kongsi how I felt baru about 2 months in third sem, apa yang aku dah hadapi. And this entry nak tolong my junior for get themselves ready. Statistics is not a mainmain course. Alahhh dalam dunia ni pun mana ada mainmain course kan. Every course ada susah senang dia. So kalau dalam hati tu ada niat nak cari course senang, LUPAKAN!

And another thing nak kongsi, since I’m already in my third sem, kalau dekat uitm Kelantan ni, if masuk third sem degree, semua akan pindah to kampus kota bharu except for OM and IM studs. Soooo sekarang iols dah belajar kat Bandar hihihi *gelak mengada*. Tapi bukan lah best sangat. Lagi banyak dugaan adelah. Pergi kelas everyday kena harung jam and traffic light yang sangat lama. Class so packed sebab takde bangunan tetap lagi. But I don’t care. Dugaan ni mematangkan kita tau. *flips tudung*

Sekarang aku terfikir, if sem 3 dah sangat busy macam ni, how will it become bila dah masuk sem 4 5 6. Fuhhhh I wish everything will goes smoothly and well as it should be. Haha. Mohon diri ni mampu hadapi semua susah senang. Semoga jalan aku pilih ni jalan yang betul membawa aku ke menara gading. insyaAllah. :’)

Rutin harian pergi kelas. Even penat, senyum tetap senyum :)

Eera's birthday celebration. Sibuk pun, still perlu berjimba sekejap :p
Me and Eera early in the morning. This sem almost every day class start on 8am. ><


Even aku tak menang, still rasa happy dapat join colour batik ni. First time :p 

This is my first entry in my third sem kan. Nampak tak busy disitu sampai tak sempat nak hupdate blog? Haha Sediakan mata dan otak for next entry! Assalamualaikum 



August 15, 2013

Synopsis ♥

Assalamualaikum and Helllllooo!

Agaknya berapa kurun tak menulis entah. Naseblah tulis dalam blog, kalau tulis atas kertas sure tulisan ntah jadi apa bila dah lama tak menulis kan. Alhamdulillah. Tamat sudah Ramadhan kita. Syawal pun dah masuk ke... err kira sendiri.

Haritu gembar gembur nak update cerita reunion dengan classmates Taiping tapi ha tu lah, busy sangat dengan Ramadhan nya sampai tak ter-update. Sedih dengan diri sendiri. Sobs :(

Antara event yang aku join, cehh event tuh macam retis pulak, kebanyakan nya iftar dengan kawan-kawan. And ada juga gathering dalam bulan syawal ni. So, today's entry, baca sinopsis dulu. Nanti baru cerita panjang :p Happy reading and watching those pictures! :D

18-19th July 2013 - Iftar with Band 13 







Akhirnya plan nak jumpa terlaksana jugak walaupun tak semua dapat turun. Ada yang sampai tak jumpa 3 tahun, dah jumpa balik. They're my classmates when I'm in MRSM Taiping. Such a great, lovable classmates I got. Alhamdulillah. Sampai sekarang, sayang tu tak pernah kurang. Okay malu pulak bagitahu kat sini. Hihi. Perjalanan ke Taiping yang tak lama mana pun coz dari Ipoh but this is my first driving on highway. Clap clap to me please. Haha Alhamdulillah again for the great gathering and Iftar.

26th July 2013 - Iftar with Salak-ian girlfriends 




Lagi satu plan yang berjaya jugak terlaksana after berapa kali tangguh entah. Alhamdulillah at last I met my beautiful friends! We're all in MRSM Pasir Salak before. Masa sekolah jangan harap nak serapat sekarang. Masing masing masih muda dengan karenah masing masing. Tapi sekarang? Sape sangka dapat jadi rapat ya Allah bertuah rasa dapat kawan dengan dorang semua ni. This is just plenty of us. Tak sampai suku kot yang dapat datang tapi this is enough. Sekarang bila dah sibuk dengan study, memang susah nak gather semua orang balik. Harap sangat there will be one event yang semua boleh join. Amin :)

3rg August 2013 - Iftar with Gondot! 


Iftar yang tak dirancang lama sebab tiba-tiba family plan nak ke KL. Terus contact budak gemuk ini tanya free ke tak at that time. First time berbuka sesama selepas zaman sekolah. Zaman tok kaduk hingus meleleh lagi. Haha. Thanks Muhamad Adlan sudi berbuka dengan kita :p

8th August 2013 - HARI RAYA UOLSSS! 





Selesai sebulan berpuasa, anak bulan pun dah kelihatan. Selamat hari raya! Tema bagi family aku for Raya this year, baju kain pelikat. Suka baju this year sebab comfy and tak panas and cantik and yeahh menawan! Haha macam puji diri sendiri pulak. Hari Raya masa yang paling sesuai nak eratkan ikatan sesama keluarga. Sebab most of my hari raya, hari hari dengan keluarga. Sampai jumpa keluarga yang tak kenal, tak rapat pun boleh jadi kenal and rapat. Hari Raya = Bonding Day :)

14th August 2013 - Gegar Taiping with KMPk mates! 






Gathering yang havoc yang baru semalam berlalu. Tak sangka dalam sibuk ada yang raya tak habis lagi pun, still dapat berkumpul. Berbaju kurung drove to Taiping just to meet my crazy matriculation mates. Aku pun tak sangka kteorang boleh serapat ini sebab hanya dengan setahun perkenalan je. Seriously, rindu gila waktu matriks. Tsk tsk. Dari Ipoh dua kereta, sampai Taiping, jadi empat. Laki hanya 3, perempuan 10, tak semua ada tapi masa yang diluang bersama sangat berharga. Alhamdulillah :')


Nantikan entry full ! Love ya! 

July 18, 2013

fuh fuh fuh

Assalamualaikum peeps! How's your Ramadhan dear my Muslim friends? Mine? Semua okay alhamdulillah. It's been a looooooooooooooong time I didn't post any entry kan? Tu fuh fuh tiup segala habuk sawang spider web bagai. Actually I'm not actually gone. Hari hari jenguk blog just that, mood takde for update anything. Sad life.

This evening I'll be going to Taiping to spend some time with my ex-classmates, break-fast with them. Rindu banget sama dorang. But I'm not sure if they feel the same thing :/ We gonna meet our teachers too. And it's gonna be masa for lepas rindu. Tak tahu bila lagi dapat ketemu kan?

It's us, band 13 09/10,


Tepek gambar besar dinosaur cause I'm not sure what else I should write. Lolols 


Wait for my update for the dating with le ex-classmates okay? See you next time! Selamat bersahur :)

May 19, 2013

Be patient. Good things come for those who wait.




Long distance relationship is one of the best relationships. 

It's really sweet to see two patient hearts that are willing to wait

  because they think that everything is worth it anyway. 

Yes it's hard not being together physically, 

you cannot hold each other's hand, 

you cannot see each other face each day, but still,




you know that one day you will.

InsyaAllah 

May 18, 2013

Late night thought

Assalamualaikum! Rasanya ramai lagi tak tidur waktu waktu macam ni kan? Yelaaaa malam sabtu kot. Hurmm tiba-tiba rasa nak type new entry before masuk tidur rini. Tapi taknak tulis banyak pun sebab idea patah balik pulak tiba tiba :'(

Dalam kehidupan ni ade naik turun dia. Kalau kita sentiasa naik tak turun turun akan muncul riak dan takbur. Bila kita sentiasa turun muncul pula rasa nak putus asa. Kan? Tapi sekurang-kurangnya tanamkan dalam hati ni sentiasa ingin memberi sehabis boleh dalam melakukan ape-ape pun dalam kehidupan kita. Jangan berputus asa diawal perjalanan. Nanti kita jugak yang menyesal.

Pernah muncul satu masa yang aku rasa nak give up. Sebab at that time, aku turun yang sangat menjunam. Sedih dia tak terkata. Tapi alhamdulillah, aku masih terima bisikan suruh aku sentiasa look at the positive side. Sentiasa bagi aku semangat untuk teruskan hidup dan percaya pada ketentuan-Nya.

Tapi percayalah, seseorang tu walau berapa kuat nya dia nak lawan perasaan sendiri, akan muncul satu masa lain yang diri dia dah tak boleh bertahan. And pada masa tu, dia sangat perlukan seseorang. Kalau seseorang yang dia sangat perlukan tu takde, sedih nak cakap, mungkin seseorang tu dah takkan dapat peluang nak berasa kat sisi dia lagi. Truth talking. Fikirkan.

Goodnight!

April 22, 2013

For Birthday Man

Assalamualaikum. Fuhh lama tak post about someone or to someone kan. So, today, 22nd of April 2013, I dedicate this post to Muhamad Adlan bin Adnan since today is his birthday. Ihiks.


Happy Birthday budak! Ehh silap. Orang tua da :p Wish you all the best in everything you do, works, study haa everything lah! Semoga awak dipaaaaaaaaaanjangkan umur and dimurahkan rezeki. *Amin* Jaga diri awak tu nak kurus pun makan minum kena jaga. Make sure your body get enough protein, carbohydrate, fat etc. Minum air masak tu banyak banyak since awak tu penat bekerja. Hmm Dah lama kita kenal kan? Lebih 3 tahun dah ni. Tak caye pulaks Hihi Thanks for all the good and bad memories we shared together. Baik ade kelebihan. Buruk dapat pengalaman. Thanks for your loves, cares, times, money and all the things you had gave to me. Nak list, too many. So thanks lah thanks! Hihi The times we laughed, smiled, cried, share every secrets, and lots of other moments we shared, hope you'll never forget it all. Such a great memories isn't it? :) Live your life happily and jangan lupa dari mana kita datang, and kemana kita tuju. Semoga awak capai semua hajat and impian yang awak impikan and ingat, jangan pernah putus asa and doa.  Jaga family awak elok elok juga. And comel! Hihi That's all I think, again, SELAMAT HARI TUA MUHAMAD ADLAN! :)


April 9, 2013

March 14, 2013

Motif?

Alhamdulillah cukup sebulan lebih cuti sem and now, masuk sudah sem dua. Lots of thing happened throughout the holidays but yeahh life still goes on. Apa-apa pun, I'm so happy to meet my housemates aka my closed friends in Machang. Thanks to them who always there for me to make me happy. Even sometimes aku tahu dorang pun naik rimas aku asyik sedih je kan. Hihihi Iolss sayang uolss sesangat * kiss kiss *

Actually takde motif pun this entry but sebab tak tahu nak buat apa. Housemates semua tengah focus tengok Mohabbatein. Aku dah bosan sebab terlalu banyak kali tengok dah. So, hye blog lah jawab nya. Nak upload gambar pun malas. So thats ol maybe.

Much love to all readers. Take care! Assalamualaikum! :)

February 26, 2013

Plant vs Zombies

Weeehee Assalamualaikum and Hii readers!

Somangat aden nak type entry ni ha sobab aden baru lopeh pass Adventure level dalam Plant vs Zombies. Korang dah? Hahaha okay awkward. Saya orang Perak maafin jika salah bahasa nogori di atas. Kbye.


Korang pernah main game ni? Guess what. SILALAH MAIN *bagi yang tak pernah* sebab korang memang takkan dapat stop melainkan korang asyik kalah, maybe ade perasaan give up sekejap di situ. Tapi percayalah sekejap je perasaan tu sebab korang akan rasa sangat geram dengan zombie zombie yang bermacam tu. GERAM sangat okay. Banyak kali aku stress dengan game ni. Haishh. Rasa nak masuk sekejap dalam screen ni makan sekor sekor. Geram punya pasal.

Kat sini saja nak buat review about this game. Sebab takde kerja kan. Game ni tak boleh compare dengan Dota kegemaran sang jejaka namun masih lawan lawan. Sesuai untuk gegirls yang cute cute suka benda comel comel. Boleh main game ni. Ihiks.

First of all, game ni about tembak tembak bunuh zombie yang tengah serang rumah anda *konon. Rumah aku takde laman rumput pun* Tujuan asal mereka semestilah kalau zombie mesti lah dikaitkan dengan OTAK. Kalau korang pernah tengok movie Zombie Kg Pisang mesti korang dah mengenali si zombie ni kan. Nak makan otak otak korang. Ha, geram tak? Haha

Level for Adventure, ade 5 and each one korang kena fight 10 kali. Huhu susah bila dah part 7-10 tu lah. And ada juga Mini-Games, Puzzles and Survival. Even korang dah settle semua level dalam adventure, perjuangan belum selesai ye. Banyak lagi korang kena selesaikan. Lepas tu korang siap ade garden bagai lagi. Haaaa menarik bukan? :p








Okay gambar gambar di atas ni kira ikut urutan lah ikut level dalam Adventure. Biasalah kalau game makin naik level, makin susah. So, memang susah pun level 5 tu. Hihi Bila level 5, korang kena halang zombie tu dekat atap pulak. Adoii. Macam macam.


And when korang terlepas pandang and zombie berjaya masuk, ni lah yang korang dapat. THE ZOMBIES ATE YOUR BRAINS! and dengar lah suara orang menjerit kena bunuh.

Haa another thing nak bagitahu, music and animation dia sangat comel walaupun main bunuh bunuh. That's why I lioke :p

Now, mari berkenalan dengan zombie. Heee Aku akan review zombie yang aku benci and rasa nak makan je tau. So, let's meet them :)

Football Zombie
Dia ni sangat susah nak lawan and pantas lah jugak. Aku kalau jumpa dia, terus guna Chilli ataupun nama betul dia Jalapeno. Hehe

Balloon Zombie
Zombie yang terbang terbang and agak menyeramkan. Senang nak kalahkan bila dia dah jatuh tanah. Guna Blover untuk halau ataupun cactus nak poop the balloon :)

Dolphin Rider Zombie
Zombie ni akan muncul bila dah ada pond. Yang sangat annoying-nya, bunyi dolphin tu. Geram je rasa. Better guna Tangle Kelp. Memang mati terus. Hihi

Ladder Zombie
Yang dia ni bawak tangga dengan dia pastu panjat Wall nut. Sakit hati jugak. Kalau aku geram, seperti biasa, guna terus chilli. Haha

Catapult Zombie
Dia ni mai kat tumbuhan korang nak hapuskan dia. Dia campak ape aku tak sure and pastikan korang plant Umbrella Leaf dekat row si zombie ni ada untuk protect plants korang. So, takkan terhapus nanti zombie ni yang meletup. Ihiks.

Bungee Zombie
Yang ni memang zombie monyet kebencian aku. Suka duk curi korang punya plant. Nak halang si monyet zombie ni, guna umbrella leaf juga seperti nak halang Catapult Zombie. 

Gargantuar Zombie + Imp
Okayyy haruslah anda bersabar dengan si dia zombie besar ini. Digendong Imp di belakang, zombie jugak tapi mudah di hapuskan. Yang susah nak hapuskan, si besar Gargantuar ni. SANGAT. Ape harus korang lakukan, cepat cepat guna Cherry Bomb and terus guna Jalapeno lepas tu. InsyaAllah matilah ia. HAHA

Dr Zomboss
Korang akan bertemu Dr Zomboss ni lassssst sekali. Tengok gambar last kat atas, yang besar gelabak berbadan besi tu, ha, itulah robot Dr Zomboss. Dr dia ade dalam tu. Kepala macam Mojojojo ha tu lah dia. *Nampak tak geram disitu* Susah nak hapuskan mereka ni sebab dia keluarkan fire and ice ball yang besar sampai hapuskan satu deretan plants korang. Saje cari gaduh. Kena pandai main strategy nak hapuskan dia ni. Goodluck!



Setelah tamat, maka gembiralah anda dan anda akan disajikan dengan persembahan comel mereka ini. Dengar lah lagu tu sendiri ye. Tak sedap sangat bagi aku lagikan nampak banyak zombie dalam video clip. Lagi sakit hati. Hahaha

Itu sahaja review saya untuk game ni. Sebab aku pun tak main habis lagi Ihiks. Selamat bermain bagi mereka yang belum pernah! 



February 20, 2013

Recipe : Trifle (Easy Bresy Tresy)

Assalamualaikum and welcome readers!

Harini terasa sungguh semangat untuk share satu resipe yang saaaaaaaaaaangat mudah sebab tu nama entry easy bresy tresy maksudnya sangat mudah lah tu dalam bahasa aku. Baru-baru ni aku telah mencabar diri *mencabar lah sangat padahal baru je tadi kate senang* Shh shhh diam bisikan hati! For the first time buat Trifle sebab ade orang kepingin rasa masakan aku. So, sebab kali pertama, aku pun yakin jelah benda ni aku boleh buat. Let's proceed! *nanti membebel lagi panjang*

Bahan-bahan diperlukan :


✏ Tepung castard
✏ Satu tin cocktail
✏ Satu tin susu Ideal
✏ Susu segar *Kalau nak*
✏ Jelly berperisa
✏ Kek 

Cara-cara :
First, korang potong kek korang tu kecik-kecik. Kek ni bermacam jenis kek korang boleh guna. Layer kak, kek gulung, butter kek *yang aku guna*, mahupun swiss roll yang duk jual kat pasaraya pun boleh. 
Lepas potong, susun lah dalam loyang ke bekas yang korang nak buat tu. Ikut kreativiti masing-masing. Aku tak kretif so tengoklah ape jadi. Haha whateverrr!
Lepas dah susun mampat, bukak cocktail tu, tapis ke celup sudu korang, ikut lah macam mana korang nak buat, ambil air cocktail tu jirus jirus atas kek. Haaa bagi dia lembab. Jirus je tau. Jangan korang mandikan pulak. Lain jadinye karang. 

Dah habis tu, boleh biakan kek tu sebati and manja manja dengan air cocktail tu. Bagi dia kembang sikit, sementara tu, boleh lah ke dapur. 
Sediakan periuk kecik, masak lah jelly anda. Tengok je instruction dekat belakang kotak. Kali ni aku guna perisa laici sebab empunya yang meminta suka laici. Ikut korang lah nak perisa ape korang suka. Okay?

Habis je masak jelly, sementara jelly tak keras lagi, korang boleh masukkan buah-buahan cocktail yang korang dah tapis tadi dalam jelly yang dah siap tu. Tujuan dia, senang lah bila jelly dah keras, buah-buahan tu duduk setempat, Takde lah merayap sana sini kan. Dah puas hati campur semua, tuang atas kek yang berehat tadi. 

Biarkan, jom sediakan custard pulak. Custard ni banyak cara boleh buat, ikut lah mane satu korang suka. Cara aku, mix kan 3 sudu tepung custard and susu ideal dalam cawan dulu. Kacau sampai jadi macam air jagung. Lebihan susu boiled kan dalam periuk. Aku ade masukkan susu segar dalam satu cawan sbb aku suka lapisan custard yang tebal. Tak payah campur pun takpe. Guna je satu tin susu ideal :) 

Bila dah mendidih, masukkan campuran dalam cawan tu sambil kacau slow slow. * Bancuhan dalam cawan tu tak wajib tapi sebab aku first time, buat lah macam tu. Takut berketul-ketul dalam periuk. Amatur lah katekan. 


Proceed, custard siap, tuang dalam bekas and ratakan atas campuran jelly and buah buahan tadi. 
Atas custard ade yang letak whipping cream tapi aku nak kurangkan fat, tak letak pun. Just hiaskan lah sikit. Nampak hiasan aku? Budak budak sungguh. Failed! Kbye T.T


Trifle aku 3 layer je. Yelah nama pun "Tri" kan. Tapi ade je yang sampai lima enam layer. Lantak mereka. 
Masuk dalam peti sejuk, sejam kemudian dah boleh makan. Yummy yummy! Selamat mencuba.  





February 16, 2013

Kawan aku macam ni ke?


Satu hari yang nyaman dan harmoni, sedang gembira meluangkan masa bersama kawan-kawan kesayangan, terdetik dek sanubari ingin mencari sepasang sneakers cantik. Lalu mengajak kawan-kawan singgah sebentar dekat *tut*. Kasutnya cantik harga below 40 semuanya. *Okay dah tak jadi perenggan BM A+ aku. Failed!* Sambung cerita, then suddenly muncul satu suara asked me kenapa tak beli jenama *tuuttt* yang harga beratus adoi iolss boleh beli peplum sekali 4 tau. Aku jawab dengan derk and comelnya, because this sneakers are cute and reasonable J then aku pulak Tanya kepada si polan kenapa tanya aku sebegitu rupa? Dia pun menjawab, “SEBAB KALAU PAKAI YANG MAHAL MESTI ORANG RAMAI NAK KAWAN DENGAN KAU. BERTAMBAH ORANG NAK DEKAT DENGAN KAU. HEEEEEEEEEEEEEE” And me like, WHATTTTTHEEE -_____-‘’

Terus aku diam tak tahu nak reply ape but at the same time, dalam otak tengah proses sesuatu. Do friend nowdays like that? Kawan sebab nakkan populariti. Kawan sebab DUIT? Okay menyedihkan T.T

Friendship is not a relationship yang boleh ambil remeh. Seriously ade je kes bunuh diri, gantung diri or seksa diri because of FRIENDSHIP. Bukan relationship between our family and bf/gf je yang penting, between friends pun penting jugak! But maybe some of us, tak perasan and still take advantage in friendship. Lol. Please open your eyes wider dear everyone, kawan bukan insan kita boleh main mainkan. Okay cuba fikir sejenak, do our family always there near us? Do our family always be beside us?  Ofcourse they will always there for us tapi sape yang sentiasa ade dekat dengan kita selain Tuhan yang satu? It’s OUR FRIEND!

Tergamak ke nak mainkan perasaan seorang kawan? For me, I take serious in friendship. Do play with mine and believe me menyesallah kau nanti. *Takut tak* Haha terasa macam terserius pula entry kali ni but I’m saying the truth. Aku pernah bergaduh dengan kawan and sakit dia macam lagi sakit dari gaduh dengan bf sendiri. Ehem. Kbye. Haha.

Back to the topic, memang it will be nice kalau dapat kawan dengan someone yang berharta or maybe popular but that’s only the privilege in the friendship. Bukannya untuk ambik kesempatan atas keistimewaan tu. Ingat berkawan  secara positif, untuk luaskan pengalaman, luaskan pengenalan, luaskan permandangan ha luaskan ape lagi. Banyak benda positif yang kita boleh dapat kalau kita berkawan secara positif, insyaAllah. Get it?

And another thing, berkawan berkawan jugak tapi setiapnya still ade batasan. Terutamanya friend between diff gender. Yang tu fikir sendiri lah semua mesti dah tahu kan? J

Btw, the story above just a fiction. Mesti ade kawan aku yang tengah flashback ade tak jadi benda ni. Haha no lah! Kawan aku tak macam tu and I know it. Hihi but kalau ade yang berani buat macam tu, tunggu lah korang aku campak korang dalam lombong. Padan muka!

So people, starts from now, do appreciate your friends. Love them, be with them, help them. Okay?

Memory Lane




















Adoi rindu tengok gambar gambar ni. I picked randomly je. Jangan sedih if takde gambar tau :)

Assalamualaikum!