June 24, 2012

Trip to Taiping with ♡ Part II

sambungan ~

this entry agak lovey dovey sikit. Sila tahan anak tekak. Jangan kotorkan tempat ini dengan muntah anda. Thank you :P

Second day : 22nd June 2012 : Friday

Harini sekali lagi dalam sejarah bangun awal. Mengapa? Mengapa? Sebab ade budak gondot sorang ni kate nak pergi breakfast. Tetapi akhirnya, dia yang bangun lewat. Cubit karang. Haha. * Harap budak gondot itu terasa bila baca :P * 

Around pukul 10am macam tu saya dan budak gondot pun bergerak lah dari West Inn ke Tesco then ke TS untuk bersarapan di Nasi Kandar Pelita. Makan roti canai yumyum tapi aku tak larat habiskan padahal si gondot siap makan dua keping lagi. Sungguh perut besar dia ni. HAHA

Sedang kami asyik bersarapan, budak laki kat hotel masih sedap berdengkur. Oleh itu, aku boleh mengharap dekat Saadah untuk kejut dorang. Nanti melalut tidur entah sampai pukul bape. Time sampai Pelita, terserempak dengan pasangan kekasih ex-classmate, Syira and Adeb yang baru habis breakfast. Kalau kami cepat sikit, boleh breakfast sesama. Jadi breakfast double couple * Merepek * :P

Lepas kami breakfast, singgah 7eleven sebab nak beli air. * Air kat Pelita tak sedap. Sorry * And sebab aku kawan yang baik, aku belikan roti untuk mereka yang tak turun sarapan, Saadah Neddy and Alia. Akan tetapi, sampai je bilik, semua tengah melantak maggi. Haiyooo. Pagi pagi dah makan maggi. Haha. Dorang turun beli dekat BP patrol station kat sebelah hotel kami. Kesian kan? Ni lah hidup orang bujang. 

Aku pun tak boleh lama, kena bersiap untuk ke maktab balik. Menemani Adlan tersayang nak ambil sijil SPM and jumpa cikgu. Semalam, semua duk heboh tanya kenapa aku tak ambil sijil, kenapa aku tak ambil sijil. Jawab secara senyap dan ayu, " Aku tunggu Adlan. " Then muka merah merah minta ditampar. HAHA Blushing kau. Segan segan. 

My lovely saadah yang semangat tangkap gambar our tudung and shawl sebab sama corak. Leopard kau :D

Sebelum bergerak ke maktab 
Sampai maktab kami terus ke kaunter and ambil sijil. Habis tu pergi bilik guru. Adlan nak jumpa cikgu dia. Mula mula aku taknak ikut masuk, segan kot. Then kena paksa ikut juga. Okay, saya mengikut perintah sambil dalam hati dup dap dup dap.

 Mula mula kami jumpa dengan Cikgu Ika. Cikgu Biology Adlan. Sesampai je meja, terus, " Ha sape ni? " And Adlan dengan happynya, " Bakal isteri saya lah cikgu. " Hambikk pang sebijik kena muka. MERAH MERAH. Aku hanya mampu tersenyum and tunduk. * Blushing * Then jumpa teacher Azida pula. Again, aku senyum sambil En Adlan rancak bersembang. Lastly, jumpa Cikgu Nasri sebab nak hantarkan pesanan Roje. Again, " Kenapa awak datang berdua ni? " Aku senyum lari pergi meja Teacher Naza. Haha. Malu. Sampai je meja teacher, terus aku tanya kenal aku ke tak. Dia kate, kenal. Kelas 13 kan. Awwww terharu dah. Sekali, Faten kan? Okay. Rasa nak nangis cikgu ingat kat aku. And yang paling best, " Kenapa awak makin kecik ye? " Ohsemm. Kurus dah kurus dah. happy gila aku. Jumpa jugak Cikgu Zila and Cikgu Khadijah. And again Cikgu Zila cakap, " Selalu kalau datang berdua ni nak hantar kad kahwin. Awak? " Hahaha. Aku gelak sambil menunduk, dalam hati, AMIN :P

 Habis jumpa cikgu, pergi koop and cafe. Cafe dah berubah tender. But menurut kata teacher Azida, makanan tetap sedap. Tapi kami tetap rindukan Nasi Lemak yang kami akan serbu time rehat atau pun pagi weekend and Nasi Goreng Ayam yang mantooop. Ohh rindu ~

Pada petangnya, keluar jumpa Makcik AMALINA SALIM which is my roomate masa dekat matriks. Tapi sedih tak sempat tangkap gambar dengan dia. Bukan tak sempat actually. But terlupa. Sedih sedih. Jumpa Malin kat TS sebab dia jumpa kengkawan dia. Yang aku kenal, Ina sorang. Bawak Adlan sekali. Ina menggatal nak p salam Adlan. Jangan harap aku nak bagi. * Muka garang * Then, Malin teman aku and Adlan makan dekat foodcourt Tesco. Sembang sembang. Dorang kutuk aku. Gelak gelak. Kalau ade Zul mesti best. Eh? haha. Habis makan, kami nak p cari cincin kahwin. HAHA Malin dengan bestnya merelakan nak ikut sama. Kami pun, OKAY! Lagi best ada tour guide kan. Dia pun bawa kami ke Bangunan Larut Matang and Selama sebab kat situ dia kate kawan kawan dia selalu beli. Kami pun ikut tanpa kata banyak. Alhamdulillah, siap lah cincin terukir nama. Ahaks * Geli * 

Jaga elok elok awak :')
This is our first ring selepas 2 tahun lebih berkenalan. Means, couple ring lah. Dia pernah bagi aku cincin dulu. Okay tak payah kot nak cerita semua. Malu. :P His ring terukir TEN and mine terukir LAN. Adoii. Macam terukir dibintang pulak kan * Lagu Yuna bagi sape yang tak tahu * Habis beli cincin byebye Malin and kami ke TS balik. Tengok wayang. Cerita apa???? MAEL LAMBONG kot. HAHA kelakar. No no bukan cerita tu kelakar, tapi kteorg yang kelakar pergi tengok cerita tu. Sebab kalau nak pergi Zoo macam dah lewat, tengok wayang je lah kteorg. Hmm cerita tu okay lahh. Kelakar pun kelakar lah jugak. Takde lah teruk sangat. Rate aku boleh bagi, 3/5. Okay kan? 

So, tu je lah yang kteorg buat rini. Happy dapat spent time dengan Adlan. Lama kot tak jumpa. 5 bulan tak silap. Btw, harini cukup hari kteorang dah 2 tahun 2 bulan :') And happy jugak dapat jumpa Malin and all my friends, Saadah Meera and semua. 

Third day : 23rd June 2012 : Saturday

It's time for us to say BYEBYE to Taiping. Sedih sangat. Banyak sangat kenangan kat sini. This was the place where everything start. Aku kenal dia. Dia kenal aku. Dia tegur aku. Aku hye dia. Sangat banyak. Hmm Takkan lupa ini tempat. And of course, I will miss Taiping so much :')

Tangan pendek. Susah gila nak masuk gambar. Sodih.
We took a bus to Ipoh at 9.45am. And Alhamdulillah sampai lebih kurang 11.30am macam tu. Min and Along ambil kteorang and bawa balik rumah coz aku nak ambil kereta. For the first time aku drive dia. Cuak sebab macam tengah test JPJ. HAHA Adlan duk bising eyy makan jalan. Eyy break. Eyy situ eyy sini. Tak sedar aku dah lama dapat P. GRRRR.

Aku bawa dia ke Jusco. Plan nak beli couple shirt, but malangnya tak jumpa yang berkenan dihati. Sedih. Baju Cameron je lah satu satunya baju sama yang kami ade. Sokay. InsyaAllah ada lah rezeki beli baju nanti. Sebabkan tengah sedih, perut pun mula berbunyi. Kami pun terus menuju ke Pizza Hut sebab si gondot ni teringin pizza. Makan makan sambil sembang. And kalau nak tahu, masa sembang time ni, semua rasa ade. SUKA MARAH JEALOUS GERAM Why? Sebab at that time, kami buat sesi jujur and cerita kisah masing masing. JUJUR okay JUJUR. Kantoii semua. But still, rasa sayang takkan pudar. * Okay geli tampar aku sekarang * HAHA

Kami try the latest Topping which is CHEESY BITES BEEF STEAK PIZZA. Not bad lah rasanya. Rasa dia agak pedas sikit. 

Then my fav, Hut's Platter :D

Gondot makan tanpa henti. HAHAHAHA
 Habis makan pizza, kami pun bergerak gerak and bersedia nak hantar Si Gondot pulang. Ohmyyy. Hanya Tuhan saje yang tahu betapa beratnya nak drive masa tu. Bukan sebab aku gemuk, tapi, sebab taknak pisah. Hmmm

Bus ke Shah Alam pukul 3.45pm, Alhamdulillah selamat aku hantar dia pulang, selamat aku balik rumah and selamat dia sampai Shah Alam. :')

Tiket yang memisahkan kami. Kalau boleh dah lama nak koyak :(
Drive balik rumah sambil menangis, naseb kau aku nampak jalan, kalau tak byebye dah. And singgah 7eleven beli slurpee. HAHA. Nak mengubati kesedihan :') 
Sampai rumah, terus tidur.

Alhamdulillah. Trip ni boleh dikatakan berjaya. Semuanya okay. Aku happy sangat sangat. Kawan kawan yang lebih kurang setahun lebih tak jumpa, dapat jumpa. And Adlan yang lebih kurang 5 bulan tak jumpa, dapat jumpa jugak. Entah bila dapat jumpa lagi kan? 

That's all from me, THE END

4 comments:

Syira Abdullah said...

haha, aku ajak turun breakfast ang tak siap lagi :p

FatenNabila :) said...

Aku bangun tidur kau dah siap. Mana sempat kejar. HAHA

zaiemzay said...

Siapa la yang bangun lambat tu kan? :p

FatenNabila :) said...

Hahahaha entah lah. Siap ade yang tak sempat mandi lagi :P