February 26, 2013

Plant vs Zombies

Weeehee Assalamualaikum and Hii readers!

Somangat aden nak type entry ni ha sobab aden baru lopeh pass Adventure level dalam Plant vs Zombies. Korang dah? Hahaha okay awkward. Saya orang Perak maafin jika salah bahasa nogori di atas. Kbye.


Korang pernah main game ni? Guess what. SILALAH MAIN *bagi yang tak pernah* sebab korang memang takkan dapat stop melainkan korang asyik kalah, maybe ade perasaan give up sekejap di situ. Tapi percayalah sekejap je perasaan tu sebab korang akan rasa sangat geram dengan zombie zombie yang bermacam tu. GERAM sangat okay. Banyak kali aku stress dengan game ni. Haishh. Rasa nak masuk sekejap dalam screen ni makan sekor sekor. Geram punya pasal.

Kat sini saja nak buat review about this game. Sebab takde kerja kan. Game ni tak boleh compare dengan Dota kegemaran sang jejaka namun masih lawan lawan. Sesuai untuk gegirls yang cute cute suka benda comel comel. Boleh main game ni. Ihiks.

First of all, game ni about tembak tembak bunuh zombie yang tengah serang rumah anda *konon. Rumah aku takde laman rumput pun* Tujuan asal mereka semestilah kalau zombie mesti lah dikaitkan dengan OTAK. Kalau korang pernah tengok movie Zombie Kg Pisang mesti korang dah mengenali si zombie ni kan. Nak makan otak otak korang. Ha, geram tak? Haha

Level for Adventure, ade 5 and each one korang kena fight 10 kali. Huhu susah bila dah part 7-10 tu lah. And ada juga Mini-Games, Puzzles and Survival. Even korang dah settle semua level dalam adventure, perjuangan belum selesai ye. Banyak lagi korang kena selesaikan. Lepas tu korang siap ade garden bagai lagi. Haaaa menarik bukan? :p








Okay gambar gambar di atas ni kira ikut urutan lah ikut level dalam Adventure. Biasalah kalau game makin naik level, makin susah. So, memang susah pun level 5 tu. Hihi Bila level 5, korang kena halang zombie tu dekat atap pulak. Adoii. Macam macam.


And when korang terlepas pandang and zombie berjaya masuk, ni lah yang korang dapat. THE ZOMBIES ATE YOUR BRAINS! and dengar lah suara orang menjerit kena bunuh.

Haa another thing nak bagitahu, music and animation dia sangat comel walaupun main bunuh bunuh. That's why I lioke :p

Now, mari berkenalan dengan zombie. Heee Aku akan review zombie yang aku benci and rasa nak makan je tau. So, let's meet them :)

Football Zombie
Dia ni sangat susah nak lawan and pantas lah jugak. Aku kalau jumpa dia, terus guna Chilli ataupun nama betul dia Jalapeno. Hehe

Balloon Zombie
Zombie yang terbang terbang and agak menyeramkan. Senang nak kalahkan bila dia dah jatuh tanah. Guna Blover untuk halau ataupun cactus nak poop the balloon :)

Dolphin Rider Zombie
Zombie ni akan muncul bila dah ada pond. Yang sangat annoying-nya, bunyi dolphin tu. Geram je rasa. Better guna Tangle Kelp. Memang mati terus. Hihi

Ladder Zombie
Yang dia ni bawak tangga dengan dia pastu panjat Wall nut. Sakit hati jugak. Kalau aku geram, seperti biasa, guna terus chilli. Haha

Catapult Zombie
Dia ni mai kat tumbuhan korang nak hapuskan dia. Dia campak ape aku tak sure and pastikan korang plant Umbrella Leaf dekat row si zombie ni ada untuk protect plants korang. So, takkan terhapus nanti zombie ni yang meletup. Ihiks.

Bungee Zombie
Yang ni memang zombie monyet kebencian aku. Suka duk curi korang punya plant. Nak halang si monyet zombie ni, guna umbrella leaf juga seperti nak halang Catapult Zombie. 

Gargantuar Zombie + Imp
Okayyy haruslah anda bersabar dengan si dia zombie besar ini. Digendong Imp di belakang, zombie jugak tapi mudah di hapuskan. Yang susah nak hapuskan, si besar Gargantuar ni. SANGAT. Ape harus korang lakukan, cepat cepat guna Cherry Bomb and terus guna Jalapeno lepas tu. InsyaAllah matilah ia. HAHA

Dr Zomboss
Korang akan bertemu Dr Zomboss ni lassssst sekali. Tengok gambar last kat atas, yang besar gelabak berbadan besi tu, ha, itulah robot Dr Zomboss. Dr dia ade dalam tu. Kepala macam Mojojojo ha tu lah dia. *Nampak tak geram disitu* Susah nak hapuskan mereka ni sebab dia keluarkan fire and ice ball yang besar sampai hapuskan satu deretan plants korang. Saje cari gaduh. Kena pandai main strategy nak hapuskan dia ni. Goodluck!



Setelah tamat, maka gembiralah anda dan anda akan disajikan dengan persembahan comel mereka ini. Dengar lah lagu tu sendiri ye. Tak sedap sangat bagi aku lagikan nampak banyak zombie dalam video clip. Lagi sakit hati. Hahaha

Itu sahaja review saya untuk game ni. Sebab aku pun tak main habis lagi Ihiks. Selamat bermain bagi mereka yang belum pernah! 



No comments: