May 18, 2011

Pengembaraan 4 hari 3 malam - Hari 4 = haa! ada orang datang MEMINANG!!?

sambungan ~

hari terakhir dah tiba bagi pengembaraan 4 hari 3 malam aku bersama abg and kak aween. fuhh. mmg mcm mcm lah pengalaman yg aku dapat. and yg paling penting, aku dapat rasa sendiri sesuatu yang berkaitan dgn peribahasa ni, ''kalau air yg dicincang takkan putus'' ;)

masuk hari ke 4, bila buka je mata, kami bertiga dalam train, diatas katil masing masing. Alhamdulillah. dalam pukul 6.40am macam tu, syukur kami bertiga tiba di KL Sentral, bertolak pukul 11.55pm dari JB Sentral. first time aku naik train. first time juga tidur dalam train. mmg kenangan yg aku tak kan lupa. tidur dgn ditemani bimok. mmg lena tak ingat dunia. lagi lagi ditambah dgn penat berjalan di USS.

bila train dah stop and announcement pun dah diberi menandakan telah tiba di KL Sentral, tiba tiba langsir katil aku dibuka. dan satu tangan menggoyangkan tangan aku suruh bangun. terkejut aku sampai terlompat aku kat situ, rupa-rupanya abang aku kejut suh siap siap nak turun. HAHA aku tak sedar pun bila train stop, announcement semua aku tak sedar. mmg tidur mati aku kan. hee. thx ABG :)

then kami naik komuter balik ke shah alam. sampai shah alam, pergi rumah kak aween utk mandi semua. then, adlan ambik aku utk pergi breakfast. wahh. aku ingat sempat lah nak tidur sekejap, tapi tak sempat. badan aku rasa agk penat lagi. tapi sbb orang tersayang disisi, takde lah rasa sgt. AICEHH! *nak lawan abg manja yg haritu, aku menang tak? * haha lepas pergi breakfast, adlan ajk pergi main bowling sbb tak tau nak buat apa dah kan. huu. aku ni dah la tangan bangku. mana lah reti. tapi, sbb adlan, main jugak lah. hmm kan aku dah ngaku awl awl aku tangan bangku kan, sure sure lah aku kalah :( MALU! dah la ade pulak budak kat sebelah kteorg tgh practice bowling, lagi aku segan. kenangan kenangan.

habes main bowling, tak tau nak buat apa. so, adlan bawa aku round round shah alam. pergi tgk tempat kerja dia. sekolah lama dia. semua lah dia tunjuk kat aku. hehe. rancang nak masuk Snow Walk dkt i-City, tapi tak bukak lagi masa tuh. SADISS. huu.

tgk jam dah pukul 11.50am, so, it's time utk adlan hantar aku balik. dia kena ambil adik dia balik sek and sembahyang jumaat kan. nak taknak mmg aku kena balik juga :( dia hantar sampai rumah kak aween, tggu dalam kereta sampai abg and kak aween balik dari sek 18. lama jugak lah tggu. pukul 12.10pm mcm tu baru nampak kelibat kereta Kenari merah kak aween. lepas aku hulur kan Mug USS yg aku belikan utk adlan, aku pun keluar dari kereta Saga kelabu milik adlan dgn hati yg agk berat. huuuuuu. takpelah.

aku masuk kereta kak aween and kami terus bergerak pulang ke negeri sendiri. BYE BYE SHAH ALAM! tempat yg kami ingin tuju after that is Bagan Dato'. hantar kak aween dulu. and dalam pukul 5.00pm mcm tu, aku and abg pun minta undur diri. tetiba, ayah kak aween bg kebenaran abg drive kereta kenari tu balik ipoh. tak payah lah kami nak naik bus kan. thank you uncle! senang kami. tiba di rumah agk agk pukul 7.30pm mcm tu, BAPAK AHH asal rumah aku banyak betul kereta? ada kenduri ke??? ORANG DATANG MEMINANG KE??? sekali baru aku perasan. tu semua kereta kakak aku yg dua org tu. laa. mana lah aku tau dorang ada balik kan. and ya, kami mmg kejam. semua ruang kat rumah kteorg semua kteorg conquer sbb nak park kereta. maaf jiran tetangga ye ;P

wahh. mmg happening bila semua balik. aku pun agk lah rindu kat dorang. lama tak jumpa. yelah. alg kerja kat Pahang, min kat Taiping. kalau kat ipoh sure hari hari jumpakan? hee. itu sahaja lah cerita pengembaraan aku utk 4 hari 3 malam ini ye ;) byebye!

THE END


No comments: