May 16, 2011

Pengembaraan 4 hari 3 malam - Hari 1 = siapakah BIMOK?

Assalamualaikum and Hello :)

mmg sgt lama tak update blog. terasa kaku pulak nak tulis tulis ni kan. huu. tapi disebabkan aku merantau agk jauh juga, so, byk rasanya aku nak bercerita. harap sudi lah korang membaca ye <3 hee

lets start, 10 Mei 2011, first day bg pengembaraan aku keluar dari negeri sendiri. hee. aku and abg naik bus utk ke Shah Alam (SA). naseb lah hari bekerja, so takde lah penuh and susah nak dapat ticket. naik bus Plusliner pukul 9.40am sbb plan sampai SA mcm before zuhur. thanked God, sampai lah kami pada pukul 12.30pm mcm tuh. and at that time, SA agk sesak org dah keluar utk lunch i think. sampai sahaja kat bus station, Kak Aween dah berdiri tegak menunggu kedatangan kami. so, naik kereta Kenari merah Kak Aween dan kami bergerak utk ke tasik di Seksyen 7 utk jumpa Mr Adlan AKA Hubbybear :D sbb kami nak date date setelah lama tidak berjumpa kan. after abg dah drop aku di situ dan aku pun dah selamat masuk kereta lanlan. kami pun gerak ke Jusco Bukit Raja while abg and kak aween pergi isi minyak. actually, dorang juga akn ke Jusco. saje gedik gedik naik dua kereta :P 

bila sampai Jusco, kami pun naik ke Cinema utk check ticket. hee. kami dah plan nak tgk cerita seram, so, pilihan movie kali ni ialah..... SERU! haha. kami berdua konon berani je. saje nak mencabar diri sendiri :P movie pukul 3.15pm. byk lagi masa kteorg kena tggu. so, apa lagi. LUNCH time. haha. perut agk lapar sbb tadi tak breakfast. sbb aku tak boleh makan kalau nak journey jauh. kami decide nak makan Kenny Rodgers sbb dah lama tak makan. hee. thx Lanlan sbb belanja kita :) tapi tapi sbb aku kurang sihat, makan tak habis. Lanlan yg habeskan mknn kita. rasa kurang selera. hukhuk. sedih mengembara ketika badan tak sihat :'(

habes makan singgah Guardian beli panadol. sbb mmg badan aku time tu dah mula memanas :'( sedih sgt. rasa tak sedap badan juga. lepas makan ubat, nak tggu 3.15pm, kami jalan jalan tgk mcm mcm. bila pukul 3.00pm mcm tu, kami dah bergerak ke Cinema. habes movie around pukul 5.30 mcm tuh. FUHH mmg menyeramkan lah jugak cerita SERU tu. menjerit jugak lah kteorg. HAHA. tapi time tu movie abg n kak aween tak habes lagi, so, sementara nak tggu dorang punya movie habes, kami layan Baskin Robins sekejap. beli one scoop sorang. wahh. dalam keadaan aku yg selesema and mcm nak demam, mmg layan lah makan aiskrim. HAHA

bila dah habis makan, movie still tak habes lg, so, kami bergerak tgk barang mainan. haha. kteorg mmg suka tgk barang mainan budak budak ni. rindu zaman budak budak kan :') jalan jalan and Buzzlight-er yg adlan nak beli ada, tapi duit time tu tak bwk lah pulak. apa lagi. kteorg main tekan tekan je lah semua mainan yg ada bunyi bunyi. mmg best. HAHA and suddenly adlan tarik satu bear ni. kecil but comel gila. dia pakai riben warna pink lg tu. hee. fav colour aku kan :D then dia kata nak beli bg aku. adoi. mmg blushing lah time tu. MALUUUU! hehe

BIMOK
then, pergi counter bayar, bayar dan bergerak jln jln lagi. turun bawah sekali ada org jual cupcake yg comel comel. wee. aku beli lah. huruf A , F and bentuk love and rainbow. comel comel. kami duduk sekejap nak rasa cupcake tu. icing dia manis. so, makan satu je la yg kteorg larat. bila tgk jam, dah pukul 6.30pm mcm tu, time for adlan mengundur diri :'( rasa masa berjalan cepat sgt.. aku sedih juga nak bg adlan balik, but mana boleh halang kan. so, aku pun hantar lanlan ke kereta. mmg sedih :'( after that aku bergerak ke abg and kak aween. 

pukul 7.00pm kami pulang ke rumah. and keluar ke uptown utk dinner. aku makan nasi ayam hainan walaupun takde lah mana hainan nye kan sbb aku tak mkn nasi for whole day dgn air suam. hukhuk. nak jaga tekak kan. tunggu agk agk 10 minit, air sampai. aku pun semangat nak minum air, tekak dah kering. sekali BAPAK MANIS AIR NI! aku pun tanya lah abg, kat sini mmg air suam dia manis ke? *okay aku tau aku lurus gila* sekali kena gelak dgn abg and kak aween. HAHA rupa rupanya orang tu bg aku salah air lah. dia terbagi aku AIR GULA kau! nak baikkan demam sekali mau dapat DIABETES aku. HAHA lawak. sebab first time ke uptown. so aku mmg macam jakun skit lah. HAHA segan. jalan jalan each kedai yg ada kat situ. then, balik rumah and siap utk tidur. esok kena bgn awl ~

bersambung ~

No comments: