March 30, 2011

menunggu durian runtuh :D

ahha. guess what, aku baru je balik dari kebun durian fam mak aku. haha. act, bukan durian runtuh, but durian luruh. saje menggedik buat title mcm tu :P aku rasa mmg semua org sedar sekarang ni dkt pasarmalam or tepi jalan or dkt kedai or dkt warung and so on lah byk sgt jual buah durian, bubur durian, tempoyak, empok dan banyak lagi. ha kan dah semangat nak tulis ;) so disebabkan sekarang musim durian, maka siblings mak aku pun buat lah turn utk tggu di kebun durian peninggalan atok aku. aku sebagai cucu, ataupun generasi baru ni sgt lah rasa bertuah sbb atok ada meninggalkan kebun durian. at least aku ada lah pengalaman pegi masuk kebun, tunggu durian luruh, mandi sungai, kena gigit nyamuk *okay, kat rumah pun kena. pape lah.

harini mak ajk aku teman pergi sama sama menunggu durian sbb hari ni turn mak. aku pun mcm, ohh teruja lah pulak. lama tak pergi. ntah mcm mana kebun tu skrg. so, aku pun bersetuju and kami bergerak pukul 9.30pg mcm tuh. act masa tunggu 7pg sampai 7mlm. disebabkan ada hal yg tak boleh dielakkan, kami gerak lewat skit.

sampai je kebun, tak lain tak bukan, aku akn pandang atas sambil berjalan. takut tau tak. tgk penuh dgn pokok durian, luruh atas kepala mcm mana? adoi. mak gelak gelak je tgk aku yg tak berapa biasa pg kebun. and mak ckp, jrg lahh durian jatuh atas kepala. dia baik. haha. mcm aku jahat lah pulak kan -.-''



 ini sungai yg aku selalu mandi masa kecik kecik dulu. but dulu mana ada tangga tangga ni. kami pakai hentam jalan je.




so, inilah beberapa pokok durian yg ada dalam kebun ni. nama nama pokok durian di ni unik tau. Durian Tinggi, Durian Tengah, Durian Merah, Durian Labo, Durian Duri Tajam etc. menarikkan ? nama nama tu semua nya diberi oleh atok and opah sempena bentuk rasa kedudukan pokok or buah dia.


satu pondok kecil atau org org kg panggil DANGO. reti sebut? pandai pandai lah korg. hee. tu sbb slang. kalau tanpa slang, dangau lahh. so, disitulah tempat kami berteduh sementara menunggu durian luruh. mmg agk terbuka sbb tanpa dinding semua. and nyamuk pun best best la join berteduh sama sambil cari makan. aish. mmg tak selesa. tapi, naseb ada bekas telur, penyelamat dunia. bakar je bekas tu, asap dia berjaya menghalau nyamuk. mmg selesa tak diganggu nyamuk lahh :D

kami tunggu punya tunggu, ada lah rezeki durian luruh. mmg best lah rasa kalau nmpk dgn mata sendiri durian tu luruh dari pokok dia. rasa mcm nak buat cheer pulak kat situ. semangat keterujaan amat yg tinggi :P then, lari lari nak ambil durian tuh. mmg kena gelak ngan mak sendiri -.-'' tapi apa aku kesah kan. mak aku. suka tgk dia gelak. so, aku pun makin berlari lari lahh konon nk buat mak gelak lg. haha. mmg aku gedik :P

tapi jumlah durian yg kteorg dapat kurang lahh dibandingkan dgn adik beradik mak yg lain. maybe sbb mak anak bongsu, bg sikit sikit je. hehe. walaupun sikit je yg luruh [around 15biji] aku tetap bersemangat berdoa dan menunggu durian luruh. around pukul 5.30 mcm tuh. kteorg pun bersiap siap nak balik. lagi hari nak senja lagi bertambah bilangan nyamuk mencari makan. kami mmg tak tahan. ayh and abg datang jemput kami. pulang dengan membawa sebakul durian, mmg berpuas hati :D

Alhamdulillah ;)

No comments: