March 2, 2011

TRIP to HATYAI! :D

hayyoo. sebenarnya byk sgt cerita nak tulis ni. ye la. dah agk agk 5 hari tak menulis :)) okay la. saya start dgn trip to Hatyai dulu la. pada 25 Feb 2011 until 27 Feb 2011 saya telah mengikuti rombongan cik kiah haha no lah rombongan guru-guru SMKA Kerian ke Hatyai. mcm mana saya boleh joinn? yaa. sbb kakak saya , Cik Farah Yasmin mengajar di situ. hee. dia telah mengajak saya utk join trip ni. tanpa byk songeh, saya pun hanya berkata BAIK!! haha. trip nya tak lama pun. bertolak pukul 12.00am jumaat balik dalam pukul 5.00pm ahad. sekejap kan? tapi, masyaAllah, penat yang amat. hanya tuhan yg tau. 
 

my looks bila pergi
my looks bila keluar pada petang hari
my looks bila nak pulang
 
 seterusnya, cuaca kat sana, sama mcm Malaysia, cuma bahang nya over sikit sbb sana banyak pokok yang tak berdaun. haha. mmg panas. shopping? tak se-best di Indonesia. barang-barang harga agk sama mcm dlm Malaysia. cuma mata wang je yg laen. dorg BATH. kita, RINGGIT MALAYSIA :)) maybe ade org akan tanya, best ke pg rombongan dgn cikgu cikgu smka? daa! best kot. dorg sgt happening. byk cakap. hee. sampai saya pun di-gossip kan oleh mereka. kesian saya. hehe. okay, apa yg saya nak share, first sekali. pasal makanan dorg. mmg susah nak cari makanan halal. kena tgk rupa dulu, [ pakai tudung atau tak ] baru boleh yakin utk makan. restoran halal pon sukar dijumpai. 


okay. ini ialah AYAM PULUT. sori gambar pulut tak diambil. hee. ayam ni. seriously sgt sedap. nak explain rasa dia susah. tapi, bila mkn, rangup and menarik. ayam ni diperap. dgn apa tak tau coz bila ditanya, dia taknak jwb daa. secret recipe la katakan :) waktu awl awl lepas border, ni la yg kami rasa :) when you go to thailand, u have to try it. it's delicious :D


ini pula COCONUT ICE-CREAM :) wahh. bila mkn time time cuaca panas, mmg menyegarkan. ini dibeli masa stop ni Pulau Naga. mula mula mcm pndg sebelah mata je. mls nak beli. sekali try Kak Siti punya, wahh. terus nak. haha. topping dia ada kacang, susu cair, cendol [yg hijau tu] and ade yg laen aku tak tau nama. haha. ha ha bawah ice cream ni ade pulut tau. warna hijau :) sgt menyegarkan ice cream ni. n sgt SEDAP lahh!!


next nak cerita pasal pasar terapung. act, bukan nya kami berjalan atas air or apa, just, kedai kedai yg menjual makanan, semua nya jual di pesisir sungai. tepi sungai la. beratur la sampan sampan dorang.

gambaran dari atas jambatan
pakcik sdg menjual air


ini la rupa pasar terapung nya. permandangan masa ni, sgt cantik. sbb dah petang, matahari mula nak terbenam. cantik cantik :D

Apa yg dijual?

nampak tak gambar pakcik jual air kat ats tu, air yg dijual kat sini, tak guna paper cup or plastic or apa apa yg kat Malaysia. dorg akan serve guna buluh or tembikar. harga sgt murah. RM2 je. walaupun beli guna tembikar. boleh choose mana nak :) gambar sebelah kanan ialah air ku. teh ais. jenis tembikar = love shape. aww. cantik tau :P straw dorg akan dihias kan dgn bunga orkid. semua kedai, akan buat benda yg sama :)

ini pula tak tau apa namanya. but in Malaysia, mcm pasembor la. ada timun, sos cili and popia yg dipotong. inti popia pula ialah daun kucai and lagi satu, kami tak dpt kenal pasti. maybe ayam kot. haha. rase agk kurang sikit. tapi, sbb nak mencuba, mkn je la :) ni Kak Masni yg beli and suruh kami semua rasa. hee. thkx Kak!

again, coconut ice cream. tapi kat sini dorg serve dgn tembikar berbentuk sampan. i'm not sure harga tembikar kat sni mcm mana. dorg jual mmg sgt murah. padahal dkt Malaysia, punya la mahal. hee

mmg pengalaman baru la bila dtg sini :)

ini saya and kakak saya. we're holding our drinks :)

ini saya beraksi gedik di pulau naga


okay. sebenarnya byk lagi nak cerita. tapi, penat pula korg nak baca nanti kan. so, sampai disini je. kalau nak rasa pengalaman yg sama, pergi la melawat Hatyai k :) salam sayang dari Faten, as salam :D

No comments: