April 26, 2011

KAU BURUK WEH!

Assalamualaikum and Hello! :)

HAHA ini bukan entry nak mengutuk orang ye. 
seperti yg kita tahu sekarang ni ramai sedang berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih langsing, muka lebih licin, muka lebih putih gebu tegang, jogging 24jam nak buang 99% lemak dalam badan and banyak lagi lah. korang tak rasa ke semua tu mcm menyeksakan diri anda sendiri? 



aku GEMUK kau KURUS

alolo tomey tomey

hey der! kau tak payah lah rasa down sgt kalau kau gemuk pun. and hey der! kau tak payah nak bangga sgt kalau kau kurus. disini aku nak habaq sikit lah *sikit ye tak byk* anda sepatutnya rasa bersyukur anda ada badan yg gempal dan comel. siapa kata badan gempal orang taknak? siapa kata badan gempal tak HOT? hot ok. just that, u have to be urself lah. jgn lah dah badan gempal pakai baju mcm anda size XS. deyy. kita kena terima diri kita seadaanya. kalau lah dah rasa mcm tak selesa dgn badan gempal, kau boleh dah sedikit demi sedikit mengurangkan lemak dalam badan. SEDIKIT DEMI SEDIKIT ye. itu bermaksud bukan anda perlu jogging 24jam tanpa henti. tak makan sehari semalam. taknak makan tu, taknak makan ni. apa yg anda kena buat, MAKAN bila PERLU dan mestilah ada HAD nya. kita sendiri kena control pemakanan kita. ye lah dah diri sendiri nak kurus kan. kena lah berusaha sikit. so, jangan anda benci diri anda kalau badan anda tak menepati impian badan yg anda nak. anda boleh capai apa yg anda nak, tapi BERUSAHA lah. jangan sampai memakan diri sendiri :) *okay, tak cakap sikit tapi banyak.lantaklah :P *



aku PENDEK kau TINGGI


disini nak menekan kan bahawa pendek itu bukan hodoh tapi COMEL *sedapkan diri sendiri :P * tapi mmg betul la kan. pendek ni ada banyak jugak keistimewaan nya. orang yg tak berapa nak tinggi ni walaupun nak ambil buku kat rak yg atas tak sampai, tapi tapi tapi ala boleh mintak tolong org ambilkan or naik je la tangga kan. HAHA itu bukan keistimewaan. ampun. kalau kau pendek, senang nak cari suami. sebab sekarang ni perempuan suka laki yg lagi tinggi dari dia pluss laki zaman skrg ni pun takde la tinggi mana pun :P upps. jgn marah ye laki luar sana. and and laki yg ada masalah ketinggian juga jgn lah runsing sgt, laki pendek bukan nya tak kacak, bukan nya tak dipandang. anda juga penting dalam dunia ini okay. chill chill ;)



aku HITAM kau PUTIH 


mesti ramai yg dah set dalam pemikiran mereka yg orang berkulit putih ni CUN CANTIK HENSEM HOT BLA BLA BLA and orang kulit tak berapa nak putih ni HODOH ORG TAK PANDANG TAK HENSEM BLA BLA BLA. cukup lah dengan pemikiran anda yg sebegitu. tak semua org berkulit putih cantik bagai puteri bunian dan org yg tak berkulit putih hodoh mcm..mcm.. err aku pun tak tau. setiap insan yg dicipta mesti ada keistimewaan. Tuhan tak mencipta saja saja bagi kau ni kulit putih kau ni kulit tak putih. aish. takde nye. keistimewaan kau yg berkulit tak berapa putih ni, kalau kau berdiri di bawah cahaya matahari kau tak payah nak risau kulit kau semakin gelap. paling tak pun kau akan merasa burn sikit je :P sikit je lah. nak dibandingkan org yg berkulit putih, sungguh risau kalau nak ajak pergi mandi laut or pool, sbb takut hitam. haaa. anda istimewa kan :)
kalau lah semua yg berkulit putih ini cantik dan org yg berkulit tak berapa putih ini hodoh, macam mana Tyra Banks boleh pilih Krista sebagai pemenang America's Next Top Model yg berkulit tak berapa putih dibandingkan dengan Raina yg berkulit putih melepak? 


see. anda tak payah risau dgn warna kulit anda okay, yg anda perlu buat adalah BERSYUKUR :)



sikit je lah aku nak bercerita. sebenarnya banyak lagi unsur unsur yg orang banyak tak puas hati dgn diri sendiri. kalau aku nak list semua, adoi, satu hari satu malam pun tak siap lah entry aku nih. 

yg penting dalam hidup, menjadi diri sendiri, tapi jangan lah terlalu lurus sampai selalu kena tipu pun still boleh cakap,   "takpelah"   "it's ok"   *ehh. bukan sama ke dua tu? * wuteva. okay. kita boleh jadi apa yg kita nak tapi mesti lah betul gayanya. and ada jangka masanya. kalau harini kau gemuk esok kau nak kurus, mmg kau akan menyeksa dirilah. bukan semua yg kita nak kita senang nak dapat. yg penting kena USAHA dan TAWAKAL :) 
and and lagi senang. BERSYUKUR je dgn diri anda. tak perlu ubah pape. hee. sekian! http://www.emocutez.com



THE END

11 comments:

NURAIN said...

This is true. But sommetimes, we just don't remember to be thankful :)

FatenNabila :) said...

NURAIN : betul betul! bersyukur :)

Unknown said...

menarik... macam saya, bila nak tangkap gambar malam2,mesti saya tanya kat orang yang tangkap gambar nampak kat muka saya.... maklum lah muka pun tak der la putih sangat... memang tak putih pun...

saya tak kisah pun... ni lah orang panggil warna kulit pan-asia... hahaha.. perasan giler... memang pon...

p/s: memerli nampak ayat first tu...

FatenNabila :) said...

AZRUL AZMI : haha. jgn risau. mesti nmpk azrul punya :) ada org terasa ke? upss. maap :P

alia zarfullah said...

Bersyukurla dengan nikmat yang allah kurnikan. Tak payah nak buat sebarang perubahan.

Apa yang allah bagi, semuanya ada hikmahnya. bersyukurla :)))

FatenNabila :) said...

alia : betul! setuju ! :)

tH said...

yakin diri,appreciate dgn apa y kt ade! bagus entri ni,,kasi kesedaran dan keinsafan gtu,,insyaallah:)

FatenNabila :) said...

thx Revablogspotlive :)

Anonymous said...

Semart..haha
btul2..tapi ade gak dari kurus nak naikkan berat..=.='
puas makan..

FatenNabila :) said...

Nisa : haa. betul betul. itu pun kena berusaha ;)

zatil said...

hye dear, i'm new follower here :) what a nice entry babe. sometimes, saya rasa cam gemuk, hitam and pendek. uhuk. p,itu dulu, masa jadi budak skolah. skang alhamdulillah dah berfikiran positif. hehe.

btw dear, i really need your help. http://girlblogandmystory.blogspot.com/2011/04/people-i-need-your-help.html

i need your vote damn much. please help me dengan ikhlas. :)

nice blog <3